Gambar Hiasan |
Sejak pagi tadi kecoh di laman-laman media sosial termasuk blog-blog politik menulis tentang sikap satu akhbar bernama The Star yang sejak akhir-akhir ini di lihat semakin terbuka dan seolah-olah tidak ada sebarang pemantauan daripada pemiliknya.
Seperti semua sedia maklum The Star merupakan akhbar berbahasa Inggeris yang di miliki oleh MCA salah satu parti komponen dalam Barisan Nasional.
Sudah beberapa kali akhbar ini di kecam kerana mengeluarkan berita yang sering menimbulkan kontroversi khususnya dalam melaporkan berita-berita melibatkan situasi politik negara.
Seperti biasa juga The Star kekal dengan gaya dan penulisan mereka.
Namun sesuatu yang agak mengejutkan berlaku hari ini apabila akhbar ini menyiarkan cerita tentang pasangan bogel paling biadap secara EKSKLUSIF !
Agak memeranjatkan kerana berita itu di buat sebegitu rupa seolah-olah akhbar ini sudah tidak lagi punya integritinya.
Adakah The Star kini mahu melakukan tranformasi terhadap akhbarnya ?
Atau sempena dengan tahun 2014 , The Star mahu berubah dan perubahan itu di lakukan dengan mengambil kira setiap teguran sebelum ini ?
Rasanya tidak mereka barangkali berubah daripada sedia ada menjadi lebih dinamik barangkali dengan menjadikan sebahagian daripada berita berunsur porno mendapat tempat di muka-muka utamanya.
Banyak pihak mempersoalkan tindakan The Star apabila menyiarkan berita pasangan bogel tersebut secara eksklusif dan sehingga kini masih menjadi tanda tanya.
Malah paling tak boleh blah kenapa perlunya pasangan itu menjadi perhatian pihak The Star ? Tidak ada lagikah personaliti lain yang jauh lebih baik dari itu untuk di ketengahkan ?
MMI rasa jawapannya mudah , The Star mungkin mahu di lihat sebagai akhbar yang pelbagai yang jauh lebih terbuka mengatasi akhbar-akhbar lain di negara ini.
Atau senang cita nak jadi akhbar yang punya ciri-ciri PORNSTAR !!
Boleh tambah untung bro...
Baca juga artikel berkaitan di SINI
MMI
No comments:
Post a Comment