7.50 pm - Kurang 50 orang bawa bendera NGO pembangkang,sembayang tepi jalan depan Sogo, ada dikesan lepak di LRT Masjid Jamek dan B.Bintang
Sebelum-sebelum ini Dataran Merdeka ditutup bila pembangkang nak berdemo. Malam tadi TIDAK. Ada konsert Ambang Tahun Baru oleh Amy Search dan lain-lain.
Kemudiannya sekitar 500 penunjuk perasaan kebanyakkannya remaja dikesan berkumpul dalam jumlah-jumlah kecil di Dataran Merdeka, bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Masjid Jamek, Sogo, Masjid Negara dan bangunan PAS Pusat.
Sumber-sumber memberitahu, penunjuk perasaan tersebut akan mula bergerak pukul 9 malam untuk berkumpul di hadapan bangunan DBKL sebelum meneruskan ke Dataran Merdeka pukul 10 malam.
Sekitar jam 8.40 malam empat bas PDRM penuh dengan anggota polis diiringi dua van dan tujuh lori PDRM tanpa muatan memasuki perkarangan Dataran Merdeka.
Ketika ini kebanyakkan aktivis pembangkang berkumpul di Komplex Membeli-Belah Sogo, Masjid Jamek, Pejabat PAS di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Sehingga jam 9.00 malam , Dataran Merdeka, kawasan utama yang dijadikan lokasi pembangkang menganjurkan demontrasi nampaknya masih tenang-tenang saja. Walaupun ada dua tiga kerat yang mula tunjuk muka dan pamer sepanduk anti kerajaan depan bangunan Sultan Abdul Samad.
9.20 pm - Perarakan lebih kurang 1000 orang dari LRT Masjid Jamek ke Dataran DBKL. Suasana bising dan 'menakutkan' kata wartawan Agendadaily dilokasi.
Menurutnya, sebentar tadi penunjuk perasaan cuba memasuki Dataran Merdeka dan kini polis sudah membuat hadangan.
9.40 pm - Polis dan penunjuk perasaan 'bertentang mata'. Polis cool tengok gelagat puak tu dok bersorak sakan tepi Dataran Merdeka sebelah DBKL.
Katanya ada rundingan antara penunjuk perasaan dan polis.
10.20 pm - Walaupun ada yang cuba nak buat kacau... di dalam kawasan Dataran Merdeka tetap meriah dengan konsert Ambang Tahun Baru. Lebih kurang 10 ribu hadir. Tak ambil port kumpulan penunjuk perasaan yang dok melalak di luar Dataran. Keadaan terkawal. Polis di lihat berjaga-jaga di sekeliling Dataran.
10.00 pm - Lagi dua perarakan dikesan dari Sogo menghala ke Dataran dan dari Jalan Raja Laut (HQ PAS) ke Dataran. Anggaran 1500 penunjuk perasaan. Unit Amal PAS kawal lalu lintas. Keadaan bising dengan sorakan penunjuk perasaan.
10.45 pm - Peserta himpunan TURUN dan GULING ketika ini sedang berpusu-pusu di sekeliling jalan masuk ke Dataran Merdeka dengan berhimpun beramai-ramai, membuat bising serta sedang menunggu masa untuk merempuh masuk ke dataran berkenaan.
Wartawan Agendadaily dilokasi memberitahu terdapat dua senario berbeza, di dalam Dataran lebih 10 ribu orang ramai memeriahkan sambutan Ambang Tahun Baru sambil menonton konsert, manakala di luar Dataran, ada lebih kurang lima ribu yang dok 'melalak' slogan anti kerajaan dengan jeritan reformasi dan lain-lain.
Difahamkan mereka yang berada di luar Dataran akan cuba masuk ke dalam Dataran sekitar jam 11 malam ini. Polis membuat tiga lapis hadangan dari tempat penunjuk perasaan berkumpul sehingga ke dalam Dataran.
Sehingga kini tiada tangkapan yang dilaporkan.
11.00 pm - Tepat jam 11.00 malam ,setelah kiraan satu, dua tiga...beramai-ramai, penunjuk perasaan SERBU Dataran Merdeka. Berpecah pada dua kumpulan. Satu ikut bentang (belakang Selangor Club) satu lagi ikut tepi sungai. Polis pantau keadaan. Tiada tangkapan ataupun gas pemedih mata dilepaskan.
Konsert Ambang Tahun Baru terus berjalan. Penunjuk perasaan berkumpul depan jam besar. Wartawan Agendadaily beritahu penunjuk perasaan dijangka REMPUH padang tengah Dataran Merdeka tepat jam 12.00 tengah malam tadi.
Sementara itu penonton konsert Ambang Tahun Baru di Dataran Merdeka panik sekejap tengok gerombolan penunjuk perasaan mara ke arah mereka. Bagaimanapun polis berjaya bentuk benteng baru memisahkan mereka. Kini penunjuk perasaan berkumpul depan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Kekacauan bermula
11.30 pn - Pengacara majlis terpaksa mengumumkan pembatalan sambutan itu termasuk acara konsert dan pertunjukan bunga api, hanya 30 minit sebelum detik 12 tengah malam menandakan bermulanya 1 Januari 2014, berikutan perusuh membaling objek ke arah pentas utama.
Ketika itu, Orkestra DBKL sedang mengadakan persembahan apabila tiba-tiba perusuh berbaju hitam menyerbu pentas utama.
Selain itu, beberapa kenamaan termasuk Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dilihat telah meninggalkan tempat duduk masing-masing.
Orang awam yang hadir semata-mata ingin menyaksikan persembahan nyanyian dan pertunjukan bunga api juga terpaksa memilih untuk pulang awal untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.
Kira-kira jam 11.35 malam, para perusuh berbaju hitam masih meluru ke arah pentas utama, membaling objek dan menjerit-jerit menghina kerajaan.
Antara artis yang sempat membuat persembahan ialah Amy Search, Zainal Abidin, Jay Jay, Aweera dan Najwa Latif.
Pasukan polis dan penguatkuasa DBKL kini ambil alih pentas utama. Satu bentang dibentuk depan pentas. Penunjuk perasaan berada atas padang Dataran Merdeka.
Konsert Ambang Tahun baru DIHENTIKAN jam 11.35 malam selepas ada balingan objek ke pentas. Orang ramai dah bercampur dengan penunjuk perasaan. Penonton konsert beransur balik.
11.51 pm - Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib bagi 'kuliah' pada penunjuk perasaan. Minta semua penunjuk perasaan bertenang dan jangan menggangu kelancaran majlis.
“Saya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur menyeru supaya masyarakat tidak menggunakan emosi, sila jaga ketenteraman awam”, katanya dihadapan peserta perhimpunan.
Ucapan beliau disorak oleh penunjuk perasaan. Namun beliau cool saja teruskan ucapan minta semua jangan bahayakan keselamatan anak-anak kecik yang datang bersama ibu bapa untuk meraikan sambutan tahun baru.
"Kepada yang datang dari luar Kuala Lumpur, saya ucapkan selamat datang. Berilah peluang kepada semua pihak sambut tahun baru dengan aman..."ujarnya.
Beliau mengakhiri ucapan tepat jam 11.58 minit malam. Penunjuk perasaan menjerit reformasi jam 12.00 tengah malam. Tak ada pertunjukkan bunga api. Keadaan terkawal, ramai yang mula beransur balik.
Sebelum itu, keputusan penganjur membatalkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 Kuala Lumpur di Dataran Merdeka telah membuatkan penunjuk perasaan hilang punca dan lesu.
Mereka yang merancang ingin berdemonstrasi di hadapan orang awam dan tetamu kenamaan yang menghadiri sambutan, menjadi hilang arah apabila dataran tersebut beransur lengang.
Orang awam yang hadir untuk menyaksikan persembahan hiburan dan pertunjukan bunga api, memilih pulang awal sebagai langkah keselamatan.sumber agendadaily
MMI
Tadak kerja lain la tu.....asyik dok bersorak dan baling batu ..ni cara politik puak karnivor. Kalu dah kalah tunggu 5 tahun lagi boleh cuba lagi. Bak pa dok ..demo sesau itu........
ReplyDelete