Followers

Tuesday 11 February 2014

ISMA Sarankan NAJIB Segera Sedar !!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu insaf dan sedar bahawa sudah tiba masa bagi beliau untuk kembali kepada orang Melayu yang diabaikan selama ini.

“Ternyata bangsa Cina dan India tidak setia dengan kepimpinan Najib. Sudah sampai masanya beliau insaf dan kembali kepada orang Melayu yang beliau abaikan selama ini untuk mendapat redha orang Cina dan India,” kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau berkata demikian merujuk kepada peletakan jawatan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waytha Moorthy selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti yang diumumkan dalam kenyataan Hindraf baru-baru ini atas alasan kegagalan kerajaan menunaikan janji dalam memorandum persefahaman yang dimeterai sebelum pilihan raya umum 5 Mei tahun lepas.

Ustaz Abdullah berkata, Najib perlu rasa bersalah kerana memandang sebelah mata kepada kepentingan bangsa Melayu Islam walaupun sebenarnya Melayu Islamlah yang memberi kemenangan kepada UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

“Najib dinasihatkan agar segera sedar sebelum orang Melayu pula membuat keputusan untuk meninggalkan beliau,” ujarnya lagi.sumber

MMI pernah menulis tentang perkara yang sama berkaitan dengan usaha yang perlu di lakukan oleh YAB Datuk Seri Najib supaya segera memberikan perhatian kepada orang Melayu yang selama ini memberikan kesetian mereka kepada parti dan negara.

Tak di nafikan majoriti pengundi di luar bandar adalah mereka-mereka yang menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu.

Justeru itu saranan oleh ISMA ini seharusnya di jadikan sebagai antara pedoman kepada Najib dalam mendepani cabaran politik yang semakin hebat masa kini.

MMI percaya kepada penambahbaikkan dan sebagai pemimpin YAB Datuk Seri Najib perlu terus menerajui kerajaan dan fokus kita kini seharusnya terarah kepada usaha memperkuatkan bangsa Melayu.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels