Followers

Wednesday 19 February 2014

Kalau Hindraf tu Hindraf Juga !!


Sejak mula si mamat ni di pilih menganggotai barisan jemaah menteri , MMI antara yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.Memandangkan Waytha Moorthy ni bukanlah spesis pemimpin yang boleh duduk dalam satu saf kepimpinan seperti Barisan Nasional.

MMI yakin manusia seperti ini juga tidak sesuai berada dalam barisan Pakatan Haprak kerana sikap berlagak sombong dan pentingkan diri yang ada pada diri beliau sendiri.

Isu perletakan jawatan Waytha Moorthy sebenarnya adalah perkara biasa dan merupakan sesuatu yang di nantikan oleh MMI dan rakan-rakan yang lain , ini kerana sikap pemimpin Hindraf ini yang amat tidak di senangi sejak Hindraf aktif bersama Pakatan Haprak.

Waytha Moorthy mungkin hero kepada sesetengah kaum India yang ada dalam negara Malaysia memandangkan beliau sebelum ini pernah melancarkan mogok sampaikan terpaksa di rawat di hospital.


Mungkin penyokong-penyokong Hindraf menganggap Waytha Moorthy sebagai dewa tetapi bagi kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya Waytha Moorthy hanyalah seorang pemimpin radikal yang punya sifat perkauman dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah beliau miliki.

Sebagai pemimpin yang mengaku pejuang kepada kaum India , Waytha Moorthy seharusnya belajar untuk bersyukur kerana beliau di berikan ruang untuk bersama-sama dengan kepimpinan negara membantu dan berjuang untuk rakyat.

Waytha Moorthy mungkin lupa jika di bandingkan beliau dengan pemimpin daripada MIC , PPP , IPF dan pemimpin-pemimpin lain yang sama bangsa dengannya Waytha sebenarnya berada dalam jurang yang terlalu jauh untuk di samakan dengan mereka.

Perjuangan pemimpin MIC , PPP , IPF dan lain-lain bersama Barisan Nasional telah lama dan mereka sebenarnya jauh lebih layak untuk menduduki kerusi yang teeh di berikan kepada Waytha Moorthy itu.

Seperti yang MMI sebutkan di awal tadi , pemimpin Hindraf ini bukanlah pemimpin yang kenal erti bersyukur malahan tindakannya meletakkan jawatan dengan alasan tidak di bantu di rasakan tindakan terburu-buru dan pentingkan diri.

Mendesak kepimpinan negara supaya meletakkan jawatan juga memperlihatkan pemimpin ini sebenarnya tidak ikhlas untuk membantu bukan sahaja kaum India tetapi seluruh rakyat di Malaysia.

Menuntut sejumlah peruntukan dan kakitangan sendiri membuktikan betapa Waytha Moorthy sebenarnya merupakan seorang pemimpin RASIS yang tidak pernah memikirkan tentang rakan-rakan gandingan lain sedangkan mereka telah lama berada dalam pentadbiran kerajaan dan berjuang untuk hak rakyat Malaysia.Alasan perletakan jawatan Waytha Moorthy dan pendedahan kepada sikap pentingkan diri sendiri di dedahkan oleh sahabat blog cilipadi Baca Sini 

Berikutan itu MMI menantikan tindak balas daripada pimpinan kaum India khususnya yang berada dalam kerajaan Barisan Nasional untuk mengulas tentang isu perletakan jawatan tersebut.

Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata peletakan jawatan Waytha sebagai keputusan peribadi dan tidak menggugat kedudukan perwakilan kaum India dalam kerajaan.

“Bagi saya mereka hanya membangkitkan isu yang sudah dibangkitkan oleh kami (MIC),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara keagamaan di kuil Hindu di Petaling Jaya baru-baru ini.

Beliau berkata MIC telah dan akan terus berusaha menangani isu berkaitan kaum India dan kedudukannya dalam kabinet membolehkan usaha itu dilaksana dengan lebih berkesan.

“Sudah tentu ada sesetengah isu tidak dapat diselesaikan dengan segera. Kami berpuas hati dalam sesetengah isu dan ada juga yang kami tidak puas hati,” katanya menambah kata antara isu yang diselesaikan dengan jaya ialah pendidikan Tamil, manakala yang kurang memuaskan pula berkenaan pengambilan kaum India dalam perkhidmatan awam.

Ditanya sama ada MIC akan membuka pintu dan bekerjasama dengan Waytha untuk meningkatkan taraf hidup kaum India, beliau berkata perkara itu tidak mustahil, bagaimanapun bergantung kepada beberapa aspek termasuk bidang kerjasama yang boleh dilakukan.

Sementara itu Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata beliau belum menerima surat peletakan jawatan Waytha sebagai senator dan hanya mengetahui perkara tersebut melalui media.

Beliau berkata sepatutnya Waytha terlebih dahulu memaklumkan kepada Dewan Negara sebelum mengumumkan kepada media.

“Sejak Jumaat saya belum terima surat peletakan jawatan daripada Senator Waytha, saya mengetahuinya melalui akhbar. Terpulang pada budi bicara beliau, untuk Dewan yang mulia ini dan Senator (Waytha) juga seorang yang mulia sepatutnya tahu menghormati Dewan dan Perlembagaan,” katanya.

Abu Zahar juga berkata beliau sedia berjumpa dan menerima surat peletakan jawatan Waytha pada bila-bila masa.

“Sebagai warganegara Malaysia, beliau antara seorang yang bertuah kerana dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri untuk berada dalam Dewan Negara,” katanya.

Sementara itu Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas berkata Waytha tidak patut menyalahkan kerajaan dan Barisan Nasional (BN) sebagai alasan meletak jawatan sebaliknya menyalahkan diri sendiri kerana gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab diberi.

“Dia gagal menjalankan tugas walaupun diberi peluang dan ruang. Dia langsung tidak faham bahawa untuk menjayakan sesuatu perubahan, memerlukan masa dan bukan semudah ABC dan tempoh satu malam untuk selesaikannya.

“Kami, MIC, PPP bekerjasama dalam mencari penyelesaian kepada masalah dihadapi masyarakat India seperti kemiskinan, sekolah Tamil dan setinggan dan dilakukan tanpa publisiti langsung.

“Tetapi Waytha langsung tidak pernah menemui kami sejak dilantik hingga masyarakat datang kepada kami beritahu betapa sukarnya menemui Waytha. Jadi usaha kami membantu masyarakat India tidak akan terjejas tanpa penglibatannya pun,” katanya.

Senada dengannya, Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader turut meminta Waytha menjelaskan dakwaan kononnya kerajaan dan BN gagal dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat India.

“Namakan apa yang BN gagal buat. Janganlah cakap tidak buat langsung. Banyak sudah buat dan diselesaikan, pelbagai imbuhan dan bajet telah diberi. Bukannya tidak bagi langsung.

“Saya tidak faham macam mana dia boleh buat tuduhan macam itu. Saya rasa dia ada agenda lain melalui Hindraf dengan platform yang telah diberi, dan bukannya betul-betul hendak perjuangkan masyarakat India,” katanya. sumber Bernama.

Kepada Waytha Moorthy , MMI ucapkan TAHNIAH !! 

Teruskan dengan perjuangan radikal seperti mana yang kamu pernah lakukan sebelum ini , cuma seperkara yang kamu dan Hindraf perlu ingat rakyat Malaysia tidak pernah lupa isu kaitan Hindraf dengan gerakan pemisah Tigers Ealam Sri Lanka yang panas satu ketika dulu.

Jangan fikir bangsa dan kaum lain bodoh seperti mana kamu memperbodohkan kaum kamu sendiri !!

MMI

1 comment:

  1. Bukan Wyatha tapi si PARIA yang nak konon-konon jadi hero kepada kaum INDIA........ha balik la jaga kumpulan HINDRAF kamu tu dan memekak lah setiap hari.......

    ReplyDelete

Labels