Followers

Tuesday, 18 February 2014

Kemelut PKNS BUKTI PKR Ada Cita KRONI !!


Isu yang melanda PKNS baru-baru ini sebenarnya telah membongkarkan sesuatu , jika selama ini UMNO dan kerajaan sering kali di tuduh sebagai pengamal kronisme akhirnya kerana kedangkalan pemimpin PKR di Selangor segala-galanya terbongkar.

Bagi MMI apa yang berlaku sebenarnya di cetuskan oleh rasa tidak puas hati dua pihak.Jika tidak mana mungkin selama ini malah mungkin sejak 2008 yang lalu kakitangan PKNS itu bebas berkhidmat dengan tugasan masing-masing.

Bagi sesetengah pihak ianya agak aneh kerana isu pemecatan kakitangan PKNS itu berlaku di saat Anwar sedang bersiap untuk menjadi calon kerusi Kajang.

Ceritanya mudah kerana wujudnya 2 kem dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor maka masing-masing pedajal sesama sendiri.

Azmin yang asyik menghentam kepimpinan Khalid Ibrahim di lihat punya pasukan tersendiri dan begitu juga dengan Khalid selaku Menteri Besar turut punya rasa tidak puas hati terhadap tindakan Azmin.

Waktu boleh melepak dan pekena kopi sekali tak ada hal tapi bila dah masing-masing buat hal sendiri maka sesuatu harus di lakukan.

O ingat ang sorang ja boleh bikin panas !!!

Bila sampai ke tahap kepimpinan Khalid di pertikaikan kemudian timbul pula desakan supaya beliau meletak jawatan , tuan badan harus bertindak ! Jika selama ini aku berdiam diri kini tidak lagi Azmin perlu di ajar !

Kerana percaturan itulah maka segala-galanya di rungkaikan dan natijahnya bukan setakat Azmin , konco-konconya sekali di lunyaikan oleh Khalid.

Bila itu berlaku maka terbukalah pekung yang selama ini di sembunyikan.

Apakah PKR tidak mengamakan kronisme dalam percaturan politik mereka ?

Tidak mengamalkan kronisme? Biar betul? Jadi yang berjuta habis untuk membayar orang-orang yang tidak ‘berfungsi’ itu dipanggil apa?

Kalau benar bagai yang dikata maka ini dah jadi lebih dari cempedak menjadi nangka. Pakatan Rakyat, terutamanya PKR terang-terangan membodoh-bodohkan serta menipu rakyat Selangor dengan cara pentadbiran yang kononnya telus dan lebih baik dari kuasa yang sebelumnya.

Apa yang lebih memualkan bila mereka ini adalah orang yang sama yang selalu mencanangkan kepada umum bahawa mereka ini tidak akan mengamalkan kronisme, akan telus serta saksama dalam mentadbir, mereka itu dan mereka ini. Memang dasar penipu.

Jika Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa tindakannya memberhentikan 22 kakitangan PKNS dapat menyelamatkan RM7 juta setahun, berapa banyak lagi pembaziran dalam PKNS, yang melibatkan duit rakyat, yang masih terselindung dari umum?

Melihat pada angka-angka pembayaran gaji serta elaun yang dinyatakan Raja Petra dalam tulisannya Klik Sini , ia sangat mengejutkan, apatah lagi ia dilakukan oleh parti yang sering mendakwa bahawa cara pentadbiran mereka adalah bersih dan telus. 

Dari RM45,000 untuk gaji Pengurus Besar, RM1.5 juta untuk pakar perunding dari Lebanon yang gagal menyiapkan tugas hingga ke RM1,000 sejam untuk kerja-kerja penulisan (pembayaran berasingan untuk kerja yang sama), bekas kakitangan PKNS dan juga syarikat-syarikat perunding ini dibayar dengan jumlah yang keterlaluan.

Mengapa rakyat Selangor yang terpaksa membayar untuk mereka ini goyang kaki di dalam bilik berhawa dingin? Istimewa sangatkah mereka ini? Atau mereka hanya dibayar kerana pertalian yang wujud antara mereka dengan pemimpin-pemimpin dalam PKR?

Berselindung di sebalik slogan Reformasi, Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi PKR terus bebas menipu rakyat dan tanpa tahu hujung pangkal, rakyat yang mahukan perubahan memilih untuk berdiri menyokong mereka ini. Kenyataannya, mereka ini hanya mempermainkan kepercayaan rakyat demi memenuhkan poket mereka dan orang-orang yang rapat dengan mereka sahaja.

Tak percaya juga ? Ushar isu Kajang !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels