Followers

Friday, 21 February 2014

Mana Pi Kawan-Kawan Yang Ada Calit ??

Gambar Hiasan
Semalam sewaktu sesi teh tarik atau dalam bahasa profesionalnya sidang meja bulat , banyak perkara di bualkan termasuk hal ehwal politik dan perkauman yang semakin menjadi-jadi masa kini.

Ada sesuatu yang menarik perhatian MMI apabila secara tidak semena-mena terpacul persoalan tentang di mana perginya mereka-mereka yang selama ini mengaku pejuang bangsa dan Islam ?

Rasanya semua dah sedia faham negara kita kini bukan lagi seperti 20 atau 30 tahun yang lalu , boleh di katakan setiap hari ada sahaja pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk menganggu-gugat keamana dan kedamaian sesama kaum.

Jika selama ini perpaduan di antara kaum berada pada paras dan kedudukan yang cukup baik , kini tidak lagi setelah beberapa pihak di lihat begitu rakus melemparkan umpan persengketaan.

Tak perlu MMI hurai satu persatu tindakan-tindakan terbabit yang bukan sahaja menghina orang Melayu bahkan agama Islam itu sendiri.

Bukan mahu menyentuh tentang parti UMNO , kerana UMNO telah sedia berdepan dengan dakyah dan gerakan-gerakan ini tetapi tentang sekumpulan warga Melayu beragama Islam yang kini bersama kumpulan masing-masing.

Mana perginya mereka ini pada ketika agama Islam di carik-carik dan orang Melayu di hina ?

Sepengetahuan MMI , mereka-mereka ini bukan sahaja sudah bersumpah taat setia malah menjunjung tinggi agama Islam.

Agak menghairankan mereka seolah-olah menjadi halimunan dalam bab ini.

MMI agak kurang senang apabila persoalan itu sampai ke tahap membandingkan gerak kerja kumpulan terbabit dan antara contoh yang di persoalkan adalah di waktu perkara-perkara penting sebegini mereka seolah-olah tidak wujud.

Tetapi kalau dalam hal lain hebatnya bukan main mengalahkan mafia dan gangster !

Fuh agak sukar untuk MMI huraikan tetapi bila di fikirkan balik ada benarnya juga apa yang di perkatakan.

Di mana kawan-kawan lain di waktu orang Melayu dan agama Islam sedang di tekan oleh mereka yang semakin rakus itu ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels