Followers

Tuesday, 18 February 2014

Misteri Khemah Di Tanah Perkuburan Terangkat !!!!

 

Satu kejadian aneh di laporkan berlaku baru-baru ini di tanah perkuburan Kampung Selamat , Tasek Gelugor Pulau Pinang apabila khemah dan pondok talkin yang di sediakan di tanah perkuburan terbabit di dapati berubah kedudukannya daripada tempat asal.

Yang agak menghairankan adalah kedudukan khemah yang pada awalnya berada di atas tanah perkuburan di dapati berada di atas sebatang pokok berdekatan.

Manakala pondok talkin pula berada di atas jalan di sebelah tanah perkuburan terbabit.

Rata-rata penduduk yang di temui jelas kebingungan dan masih buntu memikirkan bagaimana kedudukan khemah terutamanya yang boleh berubah dari kedudukan asal sehingga ke atas sebatang pokok.

Tidak ada sebarang kejadian angin kuat atau hujan lebat di sertai angin kuat berlaku sebelum itu.  



Apakah ada unsur-unsur mistik yang menyebabkan berlakunya kejadian tersebut ?

Misteri !!! sumber utaranews

MMI

2 comments:

  1. camna la boleh terangkat dah la berat pondok tu...angin kuat pon tak

    ReplyDelete

Labels