Followers

Saturday, 15 February 2014

#PRKKajang Hati-Hati Dengan Lambaian Manusia Bernama Anwar


Kerana terlalu mengimpikan jawatan Menteri Besar Selangor barangkali Anwar Ibrahim tidak lagi mahu menoleh ke belakang dan setiap tutur katanya bahkan tindakan serta percaturannya tidak lagi akan di tapis.

Dalam kerancakan kempen atau lakonan Anwar di Kajang yang kini mula di perhebatkan , segala medium dan sebarang bantuan yang di fikirkan boleh mendatangkan kemenangan akan di kerah untuk masuk ke dalam gelanggang yang sudah pun di buka oleh Anwar.

Antara perkara terbaru yang di lihat agak menarik adalah kenyataan Anwar yang mahu membawa masuk veteran Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor sekiranya beliau berjaya memenangi PRK Dun Kajang bulan depan.

Menurutnya, Muhammad mempunyai kepakaran dalam program desa dan luar bandar selain akan dapat membantu dalam pentadbiran Selangor.

“Saya akan panggil beliau kerana kepakarannya dalam program desa dan luar bandar.

“Saya yakin, beliau akan dapat membantu dan memanfaatkan kepakarannya dalam pentadbiran kerana program Kajang dan Selangor ini adalah program untuk rakyat,” katanya dalam ucapan di Kompleks Penghulu Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, baru-baru ini.

Dalam masa yang sama Muhammad Taib pula di laporkan menyambut baik pelawaan itu malah Bekas menteri besar Selangor itu berkata, apa yang penting kepadanya, Selangor kekal sebagai negeri utama yang menjadi "super model" kepada negeri lain di Malaysia.

Melihat kepada perhubungan dua hala di antara Anwar dan Muhammad Taib yang masing-masing bersetuju untuk berkhidmat di negeri Selangor ini , sudah semestinya menimbulkan banyak persepsi di kalangan rakyat mahupun barisan pemimpin pembangkang sendiri.

Melalui cakap-cakap kini di beritakan sudah ada pihak dari kem pembangkang sendiri yang kurang senang dengan pengumuman Anwar itu memandangkan lebih ramai lagi pemimpin yang selama ini setia dengan perjuangan Pakatan Rakyat yang boleh mengisi ruang tersebut daripada mengambil Muhammad Taib bekas pemimpin UMNO.

Apakah pengumuman itu di buat oleh Anwar sekali lagi tanpa merujuk kepada saf kepimpinan Pakatan Rakyat ? 

Dalam masa yang sama tindakan Anwar Ibrahim mengheret Tan Sri Muhammad Muhammad Taib itu di lihat sebagai satu lagi tindakan terdesak malahan satu lagi cubaan untuk mengaburi mata rakyat seperti mana yang pernah Anwar lakukan satu ketika dulu di Pulau Pinang.

Mungkin banyak pihak yang lupa bagaimana tragedi Kampung Buah Pala melibatkan sekumpulan penduduk India yang telah di berikan jaminan oleh Anwar dalam kempen PRU12 yang lalu untuk menyelesaikan permasalahan tanah bagi rumah penduduk di Kampung Buah Pala hanya tinggal janji setelah Pakatan Rakyat di ketuai oleh DAP merampas kerajaan negeri Pulau Pinang dari tangan Barisan Nasional.

Begitu juga halnya yang berlaku dalam PRK Permatang Pasir juga di Pulau Pinang apabila calon daripada PAS Datuk Salleh Man telah di janjikan oleh Anwar akan di tabalkan sebagai Yang Di Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sekiranya pengundi di Permatang Pasir memberikan sokongan kepada calon daripada PAS itu.

Apa berlaku selepas itu ? Baca selanjutnya di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels