Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini diberitahu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak faham erti perjuangan Malaya atau Tanah Melayu ketika berceramah mengenai serangan komunis di Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, berkata Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu tidak tahu mengenai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong ketika berceramah di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.
"Beliau adalah seorang ahli politik yang bercakap besar tentang satu isu besar, tetapi tidak tahu apa-apa. Itulah jadinya," katanya di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Zakaria Sam.
Abdul Rahim yang juga saksi kelima berkata demikian ketika disoal peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Melayu (M) Bhd, pada perbicaraan kes saman fitnah Mat Sabu terhadap akhbar itu dan Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Aziz Ishak.
Utusan turut diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala Mat Sabu diwakili peguam Mohamad Hanipa Maidin dan Amiruddin Zulkifli.
Abdul Rahim berkata, semasa serangan komunis pada 23 Februari 1950 itu, pada dasarnya anggota polis hanya melakukan tugas mereka untuk melindungi Balai Polis Bukit Kepong.
"Tidak ada perbezaan dalam ikrar yang dilakukan polis sekarang dan sebelum ini, iaitu untuk menegakkan keamanan dan ketenteraman awam.
"Satu-satunya perbezaan pada 1950, kerajaan kolonial British yang mentadbir seluruh Malaya dan Singapura.
"Oleh itu, (polis bertindak terhadap) sesiapa yang mengambil senjata atau melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang atas nama merevolusikan negara ini," katanya dalam perbicaraan yang berlangsung lebih dua jam itu.
Apabila ditanya jika Mohamad (Ahmad) Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan di balai polis itu, adalah seorang pejuang kebebasan atau komunis, Abdul Rahim berkata, beliau mempunyai dua sumber iaitu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan bekas pengerusi PKM Abdullah CD, yang mengatakan Mat Indera adalah bekas komunis.Perbicaraan bersambung.bernama
Sampai sekarang pun kalau di ikutkan Mat Sabu ni berkawan dengan komunis , cuma komunis tu tak duduk dalam hutan dia duduk di bandar di sebelah pulau sana.
MMI
Rahim Noor dah biasa pukui orang dalam kurungan. Dia tu kaki pukul, gangster UMNO.
ReplyDeleteMat Sabu pun gangster gak balun dot dot orang kihkih
ReplyDelete