Kekosongan kerusi N25 Kajang yang kini menanti masa untuk di isi berikutan perletakan jawatan Lee Chin Cheh baru-baru ini benar-benar menjadikan Kajang sebagai kawasan panas.
Kepanasan itu bukan sahaja di sebabkan kerana faktor cuaca tetapi di sebabkan krisis politik yang kini sedang melanda pasukan pembangkang sendiri khususnya Parti Keadilan Rakyat.
Sudah semestinya bila menyebut tentang kerusi tersebut maka nama Anwar Ibrahim akan terpacul di fikiran setiap rakyat yang mengikuti perkembangan politik khususnya di kawasan Kajang.
Anwar Ibrahim seperti semua sedia maklum sudah mengesahkan akan bertanding sebagai ADUN Kajang dan ianya di sahkan dalam satu sidang media baru-baru ini yang melibatkan kepimpinan dalam Pakatan Rakyat.
Banyak pihak kini mengakui walaupun kehadiran Anwar Ibrahim di Kajang atas nama calon bagi kerusi N25 , terdapat tentangan yang berlaku daripada kem sendiri yang di lihat tidak bersetuju dengan tindkan serta perancangan tersebut.
Rata-rata mereka menyalahkan Anwar Ibrahim kerana menjadi "key-maker" kepada perletakan jawatan Lee Chin Cheh yang di lihat sebagai satu pengkianatan kepada pengundi.
Nasrudin Hassan Tantawi adalah di antara kepimpinan dalam Pakatan Rakyat daripada parti PAS yang sejak mula membantah pengosongan kerusi N25 yang di lihat beliau sebagai satu tindakan haram.
Beliau sebelum ini melahirkan rasa terkejut dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran. Menurutnya keputusan untuk meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.
“Pilihan raya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.
Dalam masa yang sama tindakan Ahli Parlimen Ampang , Zuraida Kamaruddin dari PKR sendiri yang mahu memboikot PRK Kajang cukup memeranjatkan.
Zuraida berkata "KALAU saya merupakan pengundi Kajang, saya akan merosakan kertas undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang."
Sebagai Ketua Wanita PKR kenyataan sedemikain sudah semestinya mencerminkan sesuatu !
Apakah yang berlaku sehinggakan Zuraida boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian ?
Jika meneliti sebahagian daripada kenyataannya baru-baru ini kita sebenarnya dapat melihat dengan jelas betapa di kalangan pemimpin PKR sendiri pun sebenarnya tidak bersetuju dengan kehadiran Anwar di bumi Selangor apatah lagi merancang satu pelan tindakan yang perlu mengorbankan bukan sahaja seorang wakil rakyat di Kajang tetapi juga prinsip serta pendirian parti PKR selama ini.
Pada ketika Anwar sudah pun memulakan gerak kerja kempennya di bumi Kajang , suara-suara pemimpin PKR dan pembangkang yang membantah serta menegur tentang kesilapan paling besar yang pernah di buat oleh Anwar Ibrahim ini di anggap sekadar cakap-cakap kosong.
Anwar sehingga kini langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk kembali ke meja perbincangan bersama pimpinan ini dan itu sudah cukup untuk menjelaskan kepada pengundi di Kajang dan seluruh rakyat Malaysia bagaimana manusia bernama Anwar tidak pernah peduli tentang pandangan orang lain kerana bagi beliau nafsu untuk menguasai pentas politik dan jawatan Perdana Menteri yang di idam-idamkannya di capai.
Persoalannya mudah ! Adakah rakyat Kajang masih mahu memilih Anwar seorang pemimpin politik yang lebih banyak berpolitik daripada menjaga hal ehwal rakyat di kawasan ? utaranews
Komen MMI ampa rasa ada sapa-sapa dari kem pembangkang berani pi sepak si Zuraida tu dak ?
MMI
No comments:
Post a Comment