Followers

Thursday, 13 February 2014

Sejarah Hitam 13 Mei 69 , Layak Ka Dia Ni Bercakap ??


Lim Kit Siang Ahli Parlimen Gelang Patah sewaktu dalam ucapannya di Forum Legasi Tunku Abdul Rahman bertempat di Auditorium New Era College baru-baru ini di lihat begitu lantang menyuarakan pandangannya tentang perkauman dan pengkianatan.

Beliau di lihat seolah-olah cuba menjadi hero kepada perpaduan sesama bangsa di Malaysia sedangkan hakikatnya Lim Kit Siang lah orang yang bertanggungjawab sewaktu insiden rusuhan 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa dan menjadi sejarah hitam hingga kini.

Berucap pada forum tersebut beliau yakin sebahagian besar rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan politik tidak mahu rusuhan kaum 13 Mei berlaku sekali lagi di negara ini.

Hasrat ini, ujarnya selaras dengan impian Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman yang mahukan negara ini dilimpahi kasih-sayang, keamanan, keharmonian dan kemakmuran.

"Justeru itu golongan moderat di Malaysia, dalam BN mahu pun Pakatan Rakyat, (perlu) untuk bersatu dan meminggirkan ekstremis serta pengkhianat negara yang hendak menimbulkan kekacauan perkauman dan keagamaan dengan cara mengapi-apikan semangat perkauman dan keagamaan serta meningkatkan ketegangan; jika tidak, golongan moderat pasti akan tewas di tangan segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda yang pasti akan membawa negara ini ke jurang kemusnahan," tegas beliau.

Dalam masa yang sama Kit Siang juga di lihat cuba meletakkan kesalahan itu kepada kepimpinan negara semata-mata sedangkan pada dasarnya kita mengetahui banyak prkara yang menimbulkan masalah adalah kerana desakan dan sikap pihak pembangkang sendiri.

Menurut beliau, sejak sembilan bulan lalu, negara  dilanda pelbagai krisis nasional pada skala yang tidak pernah dialami oleh negara ini sepanjang lebih separuh abad usianya.

"Krisis pembinaan dan perpaduan negara; krisis ekonomi, seperti yang tercermin pada kenaikan harga barang dan kesulitan hidup kelompok berpendapatan rendah; krisis pendidikan yang menyaksikan kemerosotan mutu pendidikan; krisis keselamatan yang menjejaskan warganegara, pelabur dan pelawat; krisis urus tadbir, khususnya kegagalan membasmi rasuah," jelas Kit Siang.

Menurut beliau, negara kini menyaksikan jurang antara kaum dan agama paling lebar dalam sejarah disebabkan dua faktor iaitu kelemahan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kempen secara sistematik dan berterusan oleh kelompok ekstremis kaum dan agama. 

Seperkara yang mungkin Kit Siang lupa adalah tuduhan yang di lemparkan terhadap kerajaan itu sebenarnya berlaku di sebabkan oleh kedudukan ekonomi dunia yang menyebabkan negara-negara seperti Malaysia juga turut menerima tempias.

Walau bagaimanapun di sebabkan Malaysia punya sebuah kerajaan yang baik maka beberapa dasar telah di rangka bagi mengimbangi kesan daripada tekanan-tekanan ini.

Memang benar kenyataan Kit Siang bahawa pelbagai krisis nasional pada skala yang tidak pernah di alami oleh negara sebelum ini kini berlaku dan kerana Malaysia merupakan negara yang punya kerajaan maka kerajaan mendepaninya dengan penuh berhati-hati sehinggakan beberapa dasar terpaksa di buat walaupun di akui ada di antara dasar-dasar itu tidak popular kepada kerajaan.

Ini di lakukan semata-mata bagi menyelamatkan negara daripada menerima kesan langsung daripada perubahan yang berlaku.

Sebagai contoh walaupun di akui harga minyak dunia yang tidak menentu sehingga memaksa kerajaan menarik balik subsidi sebanyak 20 sen , rakyat masih tetap menerima subsidi berjumlah 63 sen seliter untuk RON95 dan 80 sen seliter untuk minyak diesel.


Agak malang pula Kit Siang sebagai pemimpin pembangkang paling senior tidak pula pernah menjelaskan kedudukan subsidi minyak ini kepada rakyat.Bayangkan bagaimana Kit Siang mahu mengaku dan berlakon di depan rakyat sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Malah jika di ambil kira pelbagai krisis yang di timbulkan oleh Kit Siang ianya sebenarnya jauh lebih baik dari itu dan kerajaan sebenarnya sentiasa memantau bahkan mengambil tindakan-tindakan tertentu untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang timbul.

Sebagai contoh dalam isu kenaikan harga barang , kerajaan hari ini apabila mendapat rungutan rakyat berkenaan kenaikan harga barang maka seluruh agensi di bawah kerajaan di gerakkan bagi mengatasi masalah ini yang di kira begitu penting kerana ianya melibatkan rakyat di akar umbi.

Pengenalan pelbagai pelan dan dasar yang di lakukan melalui kementerian terlibat dan usaha bersepadu dari segi pemantauan harga barang di lakukan serta di gerakkan oleh kerajaan.

Persoalan mudahnya adalah di mana usaha pemimpin pembangkang khususnya yang punya kuasa mentadbir kerajaan negeri bagi membantu rakyat dan menyelesaikan apa yang di sebut sebagai krisis ?

Sehingga ke hari ini tidak ada melainkan kenyataan di ruang media dan cakap-cakap berupa hasutan di pentas-pentas politik semata-mata !

Lihat sahaja kawasan Kajang , di saat rakyat sedang merungut tentang kos sara hidup , Kit Siang bersama-sama pimpinan lain dalam Pakatan Rakyat boleh pula bersetuju dengan perletakan jawatan Lee Chin Cheh bagi memberi ruang kepada Anwar Ibrahim.

Bukankah ini juga satu pembaziran yang akan melibatkan perbelanjaan besar bagi mengurus pilihanraya kecil ?

Ini semua tidak pernah di sebut oleh pimpinan pembangkang seperti Lim Kit Siang kerana mereka beranggapan sebagai pemimpin pembangkang mereka hanya perlu membangkang manakala kerja-kerja memulihkan keadaan di lakukan oleh kerajaan.

Ini merupakan satu pemahaman bodoh lagi dangkal yang sebenarnya terletak dalam jiwa pemimpin-pemimpin seperti Lim Kit Siang.

Paling memeranjatkan apabila Lim Kit Siang berbicara soal ekstremis kaum dan agama !

Sesuatu yang rasanya sengaja di buat-buat oleh Kit Siang kerana beliau merupakan orang yang paling faham dalam soal ekstremis kaum dan agama kerana beliau pernah terlibat serta menjadi dalang kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

Apa yang cuba di lakukan oleh Kit Siang apabila mengungkit tentang ekstremis kaum dan agama ??

Tidak sedarkah Kit Siang bahawa beliau antara pemimpin yang menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak gereja dan kristian dalam tuntutan kalimah Allah yang menimbulkan rasa marah orang-orang Melayu dan Islam ?

Malah pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri pun telah menyatakan pendirian mereka tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam namun Kit Siang seolah-olah menutup telinga.

Mempertahankan tindakan Teresa Kok menyindir dan menghina pemimpin negara , bukankah itu juga merupakan tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya kekacauan melibatkan kaum ?

Kit Siang sendiri sebenarnya tahu dan sedar tindakan sedemikian tidak wajar di lakukan oleh seorang pemimpin seperti Teresa kerana ianya jauh berbeza dengan apa yang di ucapkan oleh beliau dalam forum baru-baru ini.

Oleh kerana itulah Kit Siang sebenarnya tidak layak untuk berbicara soal perpaduan ataupun kemajuan.

Apatah lagi mahu berbicara tentang 13 Mei kerana Kit Siang lah sebenarnya manusia yang mencetuskan insiden perbalahan sesama kaum satu ketika dulu ! utaranews 

MMI

1 comment:

  1. Ropeeing Sawadikarp13 February 2014 at 23:44

    Apabila Iblis ingin memperdayakan dan menghasut orang-orang yang jujur dan naif, mereka akan datang dalam bentuk seolah2 lebih mulia dan bertimbangrasa dari Malaikat.

    Penyamaran itu adalah kaedah yang paling berkesan dalam espionage, jenayah persepsi dan propaganda. Anuwar, LKS, LGE dan KS adalah masters penyamar.

    ReplyDelete

Labels