Pertamanya ampa semua jangan ingat MMI nak cerita tentang Guan Eng botakkan kepala dia.Bukan boleh sangat dalam suasana dan keadaan politik hari ni macam-macam cerita boleh keluar.Cumanya Guan Eng rasanya mana mau botak kepala , hilanglah style UBAH dia tu betol tak ? Tapi jangan risau walaupun dia tak botakkan kepala , dia ni pernah botakkan kepala bini dia ! Haaa mungkin ada yang dah lupa agaknya tapi itu hakikat.
Nampak tak ? Nampakkan ? Siap pegang tangan bagai lepas tu tolong lapkan peluh sayang sungguh dekat bini diakan ? Haaa ampa mau reti dia ni bab berlakon cukup pandai , ni semua politik punya cerita ni bro !!!
Tapi walaupun Guan Eng tak botakkan kepala sendiri dia sebenarnya dah botakkan benda lain ! Haaa benda apa tu ?
Ceritanya di awal pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendabik dada untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri the most environmentally sound and liveable city in Malaysia melalui pendidikan, penguatkuasaan dan penghargaan.
Lim Guan Eng menggunakan slogan 'cleaner and greener Penang'.
Dan setelah 2 penggal mentadbir negeri, Pulau Pinang bukan 'lebih bersih dan lebih hijau' tetapi 'bertambah kotor dan semakin gondol' !
Bukit Gambier yang mendapat jolokan 'Bukit Gondol' adalah satu permandangan yang sangat menyakitkan mata rakyat Pulau Pinang dan sudah pasti menjadi bahan jenaka kepada pelancong-pelancong dalam negeri dan luar negeri.
Malah, 'Bukit Gondol' adalah permandangan 'pengenalan' yang boleh dilihat di jambatan Pulau Pinang dan ianya sangat memalukan. Dan isu pengondolan bukit secara haram ini telah berlarutan sejak tahun dulu tanpa melihatkan sebarang usaha untuk menghijaukan kembali bukit tersebut.
Presiden CAP dan SAM, SM Mohamed Idris telah menempelak kerajaan Lim Guan Eng :
Kita lihat kepimpinan kerajaan sekarang lebih mementingkan kepada bangunan tinggi, projek mewah, projek mega. Mereka tidak menilai pembangunan dari sudut kualiti alam sekitar dan kesejahteraan rakyat. Itu yang mereka tidak lihat sehingga menyebabkan mereka lupa dengan slogan rekaan sendiri iaitu 'Bersih, Hijau Pulau Pinang'...
.....Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan sendiri yang melanggar dasar pembangunan di Pulau Pinang. Sepatutnya sebarang projek pembangunan mengambil pandangan masyarakat tempatan terlebih dahulu. Tapi suara rakyat seolah-olah diketepikan. Sehubungan itu, kami sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili suara rakyat untuk memberitahu kepada kerajaan negeri apa masalah yang sedang berlaku.
Malah, rakyat turut mempersoalkan denda RM30,000 yang dikenakan ke atas satu syarikat pemaju perumahan kerana kesalahan menjalankan kerja tanah di puncak Bukit Relau tanpa kebenaran MPPP dianggap terlalu ringan berbanding kemusnahan alam sekitar yang telah dilakukannya.
Ada yang mencadangkan supaya pengarah urusan syarikat tersebut dihukum penjara sebagai pengajaran kepada pemaju lain supaya tidak melanggar undang-undang.
Nampak dak macam mana Guan Eng botakkan Pulau Pinang ? Semua benda di tarahnya itu baru bab botak belum masuk cemar lagi ! Huh wayang banyak sangat dia ni , kerja tak ke mana pun.
Ampa semua kalau nak tahu kisah selanjutnya boleh rujuk dan sambung baca di SINI
Baca juga artikel berkaitan kat SINI
MMI
No comments:
Post a Comment