Followers

Tuesday, 11 February 2014

Update Pasangan Malaysia Di Sweden


Pendakwaan kes terhadap pasangan Malaysia, pegawai Tourism Malaysia, Azizul Raheem Awalludin dan guru Shalwati Norshal, yang dituduh memukul anak mereka, telah difailkan di mahkamah di Stockholm, lapor laman web berita Sweden berbahasa Inggeris.

The Local melaporkan pada Isnin bahawa pendakwa kes, Anna Arnell telah memfailkan pendakwaan itu atas serangan dan pencabulan integriti anak pasangan itu.

"Dalam penghakiman saya, maklumat yang diberikan oleh anak-anak mereka menerusi soal siasat secara rakaman video boleh dipercayai," kata Arnell dalam satu kenyataan.

"Bersama-sama dengan bukti lain yang disertakan, seperti saksi dan barang-barang yang telah disita dari rumah mereka, terdapat alasan yang munasabah untuk pendakwaan ini," katanya.

Perbicaraan ditetapkan bermula pada 18 Februari depan dan dijangka berlangsung selama 10 hari.

Peguam bela kepada ibu kesemua empat beradik itu memberitahu laman web berita dalam talian tersebut bahawa Shalwati berasa lega apabila pihak pendakwaan akhirnya membawa pendakwaan yang dia kini akan dapat membuktikan dia tidak bersalah.

"Dia telah menunggu masa yang lama untuk saat ini, ia adalah satu masa yang sukar baginya di dalam penjara, tetapi dia kini percaya segala yang berlaku ini akan berakhir," kata peguam Shalwati itu, Kristofer Stahre yang dipetik sebagai berkata.

"Adalah sukar untuk membuat spekulasi atas apa yang akan berlaku, tetapi sudah tentu saya berharap anak guam saya akan dibebaskan. Dia tidak melakukan apa-apa pun seperti yang didakwa," tambah Stahre.mstar

Sebaik-baik negara orang baik lagi negara sendiri ... Semoga semuanya berjalan lancar dan pasangan ini di bebaskan.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels