Followers

Monday 24 March 2014

Benda COLOMBIA Jangan La Samakan Dengan Melayu Malaysia !!


Kadang-kadang bukan senang bila kita nak bercakap benda-benda yang menyentuh tentang perkara yang boleh menyentap hati mana-mana pihak.Tetapi rasanya MMI kena cakap juga sebab kalau di biarkan lama kelamaan ianya akan menjadi budaya yang boleh merosakkan reputasi pihak-pihak tertentu.

Malah dalam keadaan tertentu otak yang tuhan bagi tu kena guna juga , jangan main sumbat ja tanpa merujuk kepada soal pegangan kita terhadap agama.

MMI bukan nak buat analisis atau post moterm tentang keputusan PRK Kajang tapi nak pihak-pihak yang mengaku pemimpin tu supaya fikir juga tentang tindakan mereka yang ada kalanya membuatkan orang meluat dengan kita.

Budaya Colombia yang kita tahu kebanyakkannya bukan beragama Islam di ambil dan di bawa oleh pergerakan Puteri UMNO Malaysia ke bumi Kajang.

Paling memeranjatkan aksi terkinja-kinja tu mendapat kecaman banyak pihak termasuk orang UMNO sendiri.Malu weh , ampa mengaku orang Islam tapi apa yang ampa buat tu jauh sangat larinya.

MMI bukan tolak aktiviti semacam ni sebab melibatkan puteri tapi kenapa tak buat dalam dewan tertutup hanya untuk puteri sahaja ? Tak best ker kalau buat tertutup atau takut nanti tak ada cover dan publisiti ?

Kalau itu yang jadi keutamaan rasanya MMI tolak bulat-bulat usaha ampa tu sebab dah jadi nanah dekat UMNO !! Bagilah apa alasan sekalipun ianya tetap salah.



Paling MMI rasa tak boleh blah , siap orang nombor dua mai rasmi lagi ! Tak pasti sejauh mana beliau tahu dan faham apa itu ZUMBA tapi hakikatnya benda dah berlaku !!!



Pebetoi balik apa yang tak kena tu !!

MMI

3 comments:

  1. Suruh syarizat je laaa rasmikan

    ReplyDelete
  2. tujuan utk meraih undi atau publisiti?

    ReplyDelete
  3. heran aku
    tak de pulak anak badak seri perdana ms acara zumba hari tu

    ReplyDelete

Labels