Followers

Monday, 10 March 2014

Dont Give Up #PRAYFORMH370


Banyak pihak pernah mengalami situasi rumit atau masalah tersendiri , selalunya melibatkan hal ehwal keluarga seperti sakit demam dan sebagainya.MMI antara yang tidak terkecuali turut mengalaminya dan selalunya ia dapat di atasi dengan sedikit usaha daripada kita.

Walaupun kadang-kalanya ia sedikit membebankan tetapi usaha itu selalunya membuahkan hasil dan masalah itu dapat di selesaikan.

MMI bersyukur kerana ruang dan peluang yang di berikan dapat di jadikan sebagai pedoman dalam meneruskan kehidupan.

Namun pada ketika ini kita harus sedar bahawa ratusan ahli keluarga mangsa kehilangan pesawat MH370 sedang bersedih berikutan kehilangan pesawat tersebut sejak pagi sabtu yang lalu.

Percayalah mereka antara yang paling tabah menghadapi dugaan ini dan MMI sejak hari kejadian tidak pernah putus harapan agar kesemua mangsa berjaya di temui dengan selamat.

Biar siapa pun mereka atas semangat kemanusiaan MMI tetap mendoakan agar kesemua penumpang dan krew pesawat MH370 di temui dengan selamat.

Kepada semua keluarga yang terlibat bertahanlah rakyat di seluruh dunia mendoakan yang terbaik buat semua mereka.

Kepada pihak kerajaan dan semua negara yang menghulurkan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat jutaan terima kasih kerana solidariti yang di tunjukkan.

Percayalah hanya segelintir manusia yang buta hati mempolitikkan insiden ini selebihnya masoh berdoa dan mengharapkan agar pesawat MH370 segera pulang.


Sumber menyatakan mesej di atas di hantar oleh menara kawalan trafik kepada pesawat MH370.Sama ada ia benar atau tidak mesej tersebut menjadi bukti betapa seluruh dunia kini mengharapkan yang terbaik buat semua.

Sama-sama kita doakan.

Dont Give Up !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels