Followers

Thursday, 13 March 2014

Keajaiban Dalam Sejarah Penerbangan Bakal Muncul ??

Gambar Hiasan
MMI yakin banyak pihak di luar sana menanti dengan penuh minat perkembangan terkini tentang kehilangan pesawat MH370 yang di laporkan HILANG sekelip mata sewaktu dalam perjalanan ke Beijing pada sabtu lalu.

Setelah masuk 7 hari operasi pencarian pesawat tersebut beserta 239 penumpang dan krew masih lagi GAGAL di temui.

Pelbagai teori dan andaian sudah pun di buat sama ada oleh pihak berkuasa mahupun teman-teman melaui blog masing-masing.Itu belum lagi di kira portal dan media-media dalam dan luar negeri bermacam kisah malah setiap petunjuk tanpa mengambil kira kesahihan pun akan di jadikan bahan kerana tuntutan mereka-mereka di luar sana yang mahukan maklumat.

MMI tidak akan sesekali menyalahkan teman-teman seangkatan kerana yakin maklumat yang di muat naik itu bukanlah di reka oleh mereka tetapi berdasarkan sumber yang di sampaikan kepada mereka seperti mana yang sering MMI terima.

Semua pihak perlu ingat dalam keadaan seperti ini malah sudah menjadi tumpuan dunia pun , semestinya setiap maklumat dan berita terkini itu akan menjadi sebahagian daripada topik panas bukan kerana mengejar ranking atau jumlah pembaca semata-mata tetapi tuntutan untuk memenuhi permintaan pembaca yang mahukan maklumat terkini.

Maka yang paling penting adalah setiap pembaca perlu faham dengan apa yang di bacakan malah mungkin sampai perlunya mereka belajar untuk membezakan maklumat tepat dengan andaian.

Bagi MMI begitulah yang sepatutnya , cuma janganlah sampai ke tahap kita berbohong semata-mata nak mencuri tumpuan seperti mana insiden bomoh Do Re Mi yang berkayuh sakan di KLIA tu MEMALUKAN !

Kalau di tanya kepada MMI mana satu yang paling teruk di antara penulisan di media-media maya dengan aksi Do Re Mi di KLIA , sudah pasti MMI akan katakan aksi di KLIA itulah lebih teruk malah menyimpang secara total daripada ajaran Islam.

Itupun sekiranya 3 mamat tu mengaku Islam jika tidak kita andaikan saja sebagai satu lagi aksi The Three Strooges.

MMI yakin kita masih ternanti-nantikan maklumat tentang apa yang berlaku sebenarnya terhadap pesawat dan penumpang serta krew MH370 ?

Agak sukar untuk MMI olahkan memandangkan MMI masih berpegang kepada janji terhadap diri sendiri untuk tidak menulis sesuatu yang mungkin boleh menyentuh hati mana-mana ahli keluarga mangsa malah mungkin juga kakitangan MAS sendiri memandangkan teman sekerja mereka juga turut hilang bersama penumpang lainnya.

Tetapi MMI juga tidak pasti sampai bila MMI boleh berpegang kepada janji itu untuk tidak menulis atau mengolah insiden kehilangan MH370 ini berdasarkan pandangan dan ruang lingkup MMI sendiri.

Untuk artikel ini rasanya MMI masih berpegang kepada janji itu cuma ada sesuatu yang MMI mahu kongsikan dengan semua.

Terdapat satu kenyataan yang MMI kira amat unik sekali di saat banyak pihak sedang berusaha untuk mengesan pesawat malang tersebut.Malah jika di amati kenyataan itu seolah-olah dunia sains dan teknologi kini tidak lagi boleh sendirian.

Mereka perlu membuka seluas-luasnya ruang untuk membenarkan satu lagi elemen bergerak seiring bersama-sama dengan teknologi dan dunia sains.

Tidak dapat di pastikan sejauh mana ianya boleh di jayakan tetapi tidak mustahil rasanya jika kita mencuba.

Antara kenyataan yang MMI sebut sebagai unik sebentar tadi adalah seperti berikut ,

Timbulnya akan mengkagumkan dunia…sebuah pesawat besar yang berada di tengah lautan.

Timbulnya pesawat ini akan menimbulkan persepsi baru dan keajaiban dalam sejarah penerbangan atau perubahan pada sikap manusia itu sendiri tentang wujudnya dimensi yang kita boleh sifatkan tanda-tanda kekuasaan Allah.Baca Selanjutnya 

Sejauh mana kebenaran kenyataan ini MMI sendiri tak pasti namun seperti mana yang di jelaskan tadi dalam saat ini dan ketika ini segalanya di ambil kira dan kita seharusnya harus segera sedar betapa gabungan ketiga-tiga elemen yang di sebut di atas wajar di lakukan.

Bukan berniat mahu menimbulkan satu lagi andaian atau persepsi yang boleh menganggu mana-mana pihak tetapi terfikir bagaimana jika kenyataan teman tadi benar-benar terjadi ?

#PRAYFORMH370

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels