Followers

Saturday, 8 March 2014

Kehilangan MH370 Operasi Mencari & Menyelamat Kini Giat Di Lakukan

Gambar Hiasan
Sejak laporan kehilangan pesawat MH370 milik MAS pada jam 2.40 pagi tadi , pelbagai spekulasi timbul dengan laporan yang berbeza-beza.Banyak pihak kini di minta supaya lebih bertanggungjawab khususnya dalam media sosial kerana setiap laporan mahupun berita yang di muat naik itu mampu mengundang pelbagai andaian apatah lagi sekiranya maklumat-maklumat tersebut tidak benar.

Kita artikel ini di tulis operasi mencari dan menyelamat sedang giat di lakukan bukan sahaja oleh Malaysia tetapi turut di bantu oleh negara-negara jiran yang sudah pun menggerakan operasi pencarian pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang pelbagai bangsa tersebut.

Pelbagai pihak kini tampil dalam usaha untuk mencari pesawat yang hilang termasuklah pihak BOEING sendiri.

Angkatan Tentera Filipina (AFP) turut menyertai misi mencari pesawat Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang  dan dilaporkan hilang pagi tadi berhampiran ruang udara Vietnam. 

Menurut Jurucakap Jabatan Pertahanan Kebangsaan, Peter Paul Galvez, ATF diarahkan melakukan pencarian atas dasar semangat kemanusiaan.

“The Secretary of National Defense has ordered the AFP to join in the search and rescue operations for the missing Malaysian Airlines aircraft under the possibility or assumption that said flight MH370 may have veered off its path and entered Philippine territory,” he said.

Pada masa ini The AFP menggunakan 3 kapal perang dan sebuah kapal terbang untuk mencari sepanjang kawasan barat laut Filipina dan Laut Palawan yang antara kawasan kemungkinan pesawat terhempas.

“The AFP Western Command, under the direction of the Chief of Staff of the AFP, has dispatched an aircraft to conduct search of the southwestern area of Palawan and its surrounding waters in the West Philippine Sea. Likewise, naval vessels have been tasked to join the search.”

Sementara itu, Vietnam yang melancarkan usaha yang sama di dalam kawasan mereka sejak pagi tadi masih gagal mengesan pesawat tersebut yang telah lebih 12 jam hilang dari radar dan komunikasi. 

Menurut pihak berkuasa Vietnam, “Kapal Terbang terbabit hilang dari radar dan komunikasi semasa berada berhampiran ruang udara wilayah Ca Mau dan sepatutnya memindahkan komunikasi mereka kepada Pengawal Trafic Udara Bandaraya Ho Chi Minh. Bagaimanapun pemindahan komunikasi ke pengawal di sana tidak pernah berlaku dan menimbulkan tanda tanya sehingga kini.”  sumber 

Kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama sama-samalah kita berdoa semoga semua penumpang pesawat MH370 selamat.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels