Followers

Tuesday 11 March 2014

Khalid Sahkan Unit Anal PAS Berjaya Temui Pesawat ?!!


Apa benar unit anal PAS berjaya menemui pesawat MH370 yang hilang sejak sabtu lalu ? Jika benar dakwaan ini maka MMI salute pada puak-puak penjilat Pakatan Haprak ni dan sudah pasti seluruh rakyat Malaysia akan berterima kasih.

Namun semuanya sekadar dusta semata-mata kerana puak-puak ni dan pemimpinnya hanya pandai bercakap dan menuding jari kepada orang lain.Malah sering kali suka mempolitikkan sesuatu perkara seolah-olah setiap nyawa yang berada dalam pesawat MH370 itu tidak bermakna langsung kepada mereka.

MMI kesal sekali dengan tindakan seorang pemimpin PAS yang cukup di kenali sebagai berlagak dan sombong ni.Kenyataannya jelas membuktikan mereka-mereka ini buta hati dan tidak punya perasaan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memperlekehkan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 yang terputus hubungan dengan menara kawalan pada Sabtu lalu.

Khalid turut mengandaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak akan meletakkan jawatan kerana kejadian tersebut selain mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan Malaysia yang meluaskan jarak pencarian sehingga ke Selat Melaka.

"Mana tahu selepas ini, Perdana Menteri akan letak jawatan sebab kapal terbang pun sudah hilang entah kemana, kalau ini merupakan 'misteri' saya tidak mampu memahaminya.

"Ini merupakan satu keadaan yang tidak boleh diterima akal kerana bagaimana kapal terbang yang dilengkapi alatan yang canggih tiba-tiba boleh hilang dan bila dah hilang kita tak boleh tahu apa dan di mana peristiwa itu telah berlaku.

"Banyak kes kapal terbang jatuh tetapi biasanya kita tahu dan dapat menjumpainya dan kemudian selepas dua hari mereka boleh kata radar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan kapal terbang tersebut berpatah balik, kenapa lambat sangat selepas dua hari," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Ceramah Perdana di Tapak Karnival Usahawan di sini semalam.

Pesawat MH370 membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.

MMI yakin dan pasti kenyataan sedemikian tanpa melakukan sebarang tindakan seolah-olah Khalid langsung tidak menghargai setiap usaha daripada seluruh tenaga yang kini bersatu di bawah satyu pasukan untuk mengesan dan mencari pesawat MH370.

Mungkin bagi mereka gerakan itu langsung tidak punya kesan kerana politik jauh lebih penting !

MMI

1 comment:

  1. YG DIDAPATI BERSALAH X SURUH LETAK JAWATAN, LG MALU....URUSAN BENCANA MANUSIA YG X DIRANCANG KAU NK SRH LETAK JAWATAN PULAK.....ADA AGAMA TP X PERCAYA QADA DAN QADAR ALLAH....JADI PEMIMPIN TANDUK LEMBU BOLEH LAAA..

    ReplyDelete

Labels