Pertamanya MMI nak mohon maaf kepada sesiapa jua yang mungkin tersentuh dan terasa hati dengan artikel kali ini.Bukan berniat untuk sengaja mereka-mereka cerita atau nak cari publisiti murahan macam bomoh tikar terbang tu tapi sebagai seorang penulis blog yang dah banyak menulis berkaitan isu politik , jari jemari ini terpanggil jua untuk menaip dan menyampaikan apa yang terbuku dalam fikiran sejak pesawat MH370 di laporkan hilang.
Kepada pembaca yang sering mengunjungi blog MMI , susah pasti perasan bahawa sejak kebelakangan ini MMI agak jarang sekali menulis atau memuatnaik berita tentang politik.Sebenarnya sejak hari pertama pesawat MH370 di laporkan hilang , MMI antara sebahagian besar rakyat Malaysia yang terkejut dan terkesan dengan berita tersebut.
Pernah pada ketika-ketika tertentu MMI sebak dan perasaan semacam mahu menangis mengenangkan apa yang sedang berlaku.Bukan sesuatu yang mudah bagi sesiapa jua untuk menghadapi keadaan sebegini apatah lagi ahli keluarga dan sanak saudara yang terlibat.Orang yang kita sayangi secara tiba-tiba hilang sekelip mata tanpa di ketahui apa yang berlaku dan di mana mereka berada.
Dengan pelbagai cara rakyat Malaysia dan dunia mengabdikan rasa kerihatinan mereka ianya sedikit sebanyak akan menyentuh hati mana-mana pihak yang punya roh dan rasa kasih sayang sesama insan.Malah lebih berat lagi mengenangkan gerak kerja pemimpin negara dan mereka-mereka yang barangkali tidak sempurna tidurnya atau sempurna kehidupannya semata-mata untuk memastikan semua pihak terlibat berada dalam keadaan seselesa mungkin.
Di sebabkan itu , MMI mengambil keputusan untuk memberikan tumpuan kepada kejadian kehilangan MH370 dan mungkin sekali sekala tulisan berkenaan politik.Bukan bermaksud MMI akan menjadi pelapor rasmi kepada setiap maklumat tetapi atas dasar rasa bertanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Inilah solidariti sebenarnya bukan solidariti puak-puak pembangkang yang punya kepentingan politik sempit sampaikan kehilangan MH370 pun mahu di politikkan.MUSIBAT !!!
Untuk makluman semua , apa yang bakal di baca selanjutnya nanti hanyalah satu pandangan peribadi MMI dan tidak langsung terniat di hati untuk mengambil kesempatan terhadap apa jua keadaan.Perlu di ingat sidang media oleh pihak berwajib pada setiap hari merupakan kenyataan rasmi yang perlu di berikan perhatian oleh semua pihak.
MMI sebagai penulis blog hanya menulis berdasarkan pemerhatian dan sedikit pencarian berkenaan apa yang berlaku menerusi ruang lingkup MMI sendiri.
Masih teringat lagi malam 8 Mac 2014 , bersama teman-teman keluar minum sambil berbual kosong di salah satu kedai makan di kawasan MMI.Memandangkan keesokkan harinya adalah cuti maka sesi minum itu berlarutan sehingga larut malam.Satu perkara biasa yang sering MMI dan teman-teman lakukan , maklumlah seminggu bekerja bila bersantai begitu sedikit sebanyak stress tempat kerja dapat di kurangkan.
Perbualan malam itu pelbagai , daripada bab kawasan kemudiannya berubah kepada negeri dan di teruskan ke peringkat nasional seterusnya ke peringkat dunia sehinggalah jam menunjukkan pukul 1.30 pagi.Memandangkan waktu sudah agak lewat maka kami mengambil keputusan untuk balik dan MMI tiba di rumah sekitar jam 2 pagi.Di sebabkan keletihan maka MMI ambil keputusan untuk terus tidur.
Berita kehilangan pesawat MH370 hanya di ketahui setelah pagi berikutnya , itu pun setelah melihat kandungan text , whatsapp dan missed call di telefon bimbit.
Bermula daripada saat itulah insiden kehilangan pesawat MH370 di ikuti rapat oleh MMI.Dan sehingga artikel ini di tulis pesawat malang terbabit masih lagi belum di jumpai.
Apa pun yang boleh MMI nyatakan di sini insiden ini kini sudah memasuki fasa ke 2 seperti mana yang di nyatakan oleh YAB PM dalam sidang medianya baru-baru ini.Paling pasti ianya sudah pun membuka lembaran baru atau episod baru di mana tanda-tanda tertentu sudah mula berubah daripada plot awalnya.
Perubahan arah pesawat memberikan kita satu anggaran tentang apa sebenarnya yang berlaku.Malah keterlibatan negara-negara sehingga ke Kazakhstan membuatkan kita perlu benar-benar meneliti insiden ini dengan sebaik-baiknya.
Mengapa radar yang mengesan blip tidak bertindak cepat ?
Apakah benar arah pesawat terbabit ? Siapa terlibat ? Apa motifnya ?
Banyak persoalan yang belum terungkai tentang apa yang berlaku sebenarnya ?
"Something big is going on"
Sambung di artikel seterusnya..
MMI
Kalau ada yang masih nak tuduh Kapten
ReplyDeleteZaharie, hanya kerana dia sokong Anwar, cuba
pertimbangkan senario ini:
Kenapa semua akhbar Barat tidak melihat
perkaitan di antara kehadiran 20 eksekutif
utama Freescale Semiconductor dengan
perampasan MH370?
Bagaimana kalau Freescale telahpun menerima
tuntutan daripada pihak perampas dan sedang
melakukan rundingan secara bersendirian?
Rasanya semua orang tahu 20 orang eksekutif
tersebut (12 rakyat Malaysia, 8 rakyat China)
adalah orang-orang yang terlibat secara khusus
dalam projek yang 'highly sensitive' dan kita
semua tahu, di zaman digital ni, computer chips
yang digunakan dalam industri angkasa atau
pertahanan adalah amat berharga.
Kenapa hampir semua media Barat begitu cepat
mengalihkan tuduhan kepada Zahari sedangkan
hampir semua pakar penerbangan Malaysia
mengatakan perampasan ini adalah sesuatu
yang dirancang dengan cukup teliti dan
tentunya bukan kerja SEORANG manusia.
Menurut Datuk Moin Omar (bekas ahli MKN),
sekiranya orang yang memandu MH370 ke
destinasi rahsia itu HANYAlah seorang pencuri
kapalterbang upahan atau pencuri yang
terpaksa (akibat ahli keluarga diugut), maka
peluang utk menemui penumpang akan lebih
rumit sebab si pengupah sudah pasti telah
mengalihkan kapal terbang atau penumpangnya
ke destinasi lain yang can be anywhere.
Satu hal yang rasanya MALAYSIA tidak tahu
ialah, adakah yang diculik sebenarnya ialah
pesawat atau penumpangnya.
Kalau yang diculik ialah penumpang tertentu,
maka pesawat MH370 sudah tentu telah
disembunyikan dan penumpang telah
dipindahkan.
Saya amat berharap, ada sekumpulan rakyat
Malaysia dengan kepakaran yang ada akan
menyiasat sendiri perkara ini.
Kehadiran wakil Amerika dalam International
Crisis Management Team yang dibentuk dua hari
yang lalu hanya mendedahkan kelemahan
negara kepada Singa yang sedang lapar.
p/s: Kenapa Perancis tidak 'berminat' dalam
operasi SAR untuk pencarian MH370 ini yang
merupakan yang terhebat di dunia? Perancis
selalunya ialah antara negara yang paling awal
yang akan menghulurkan bantuan apabila
berlaku sebarang tragedi di dunia.
Semasa pesawat TUDM terhempas di Bario dan
pesawat tidak dijumpai untuk beberapa hari,
mereka datang membantu. Mereka juga di sini
ketika kita berusaha mencari mangsa2 yang
tertimbus dalam Tragedi Highland Towers.
Tetapi, kali ini mereka hanya respon beberapa
hari selepas kejadian, itupun sekadar berkata
mereka sedia membantu JIKA DIMINTA.
Did they know from the very beginning that the
plane was 'kidnapped' and not crashed?
smg mh370 slamat kembali...smg meleraikan spekulasi...hrpn dan doa dr kite semua....jgn putus hrp...Hanya Allah tpt kite memohon...smg dprmudahkan sglnya
ReplyDelete