Followers

Sunday 23 March 2014

N25 Kajang Pembangkang Terus Berkempen Di Hari Pengundian


Apa yang berlaku hari ini benar-benar mencabar pihak berkuasa khususnya SPR sendiri.Dengan aksi-aksi serang menyerang dan kata-kata kesat yang di lemparkan oleh pembangkang cukup untuk menunjukkan betapa mereka begitu terdesak untuk mempertahankan kerusi N25 yang mereka sendiri kosongkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah merangka peraturan-peraturan khas untuk berkempen , seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002.

Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia perlu tahu tanggungjawab mereka dalam melaksanakan amanah rakyat dan wajib menjalankan tugas mengikut peraturan undang-undang SPR yang telah termaktub.Kempen pada hari pembuangan undi merupakan satu kesalahan dan pihak SPR wajib mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002.

Video kempen ini menjadi bukti utama bahawa satu kesalahan telah di lakukan oleh PKR pada hari pembuangan undi.


Soalnya apakah pihak SPR dan mereka yang berwajib nak menghalalkan tindakan sebegini ? Kalau penyokong pembangkang sekalipun kena ingat amanah yang di pertanggungjawabkan selain daripada pembayaran gaji sebagai pegawai yang di lantik.

MMI tegur saja bukan apa takut gaji yang kita terima tu , kerja tak buat gaji rembat apa cita ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels