Dunia bolasepak negara di kejutkan dengan berita penyokong Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultra Malaya bertindak mencetuskan keadaan huru-hara dalam satu pertandingan persahabatan melibatkan Harimau Malaya bertemu Filipina baru-baru ini.Tindakan yang cukup memalukan itu di lakukan oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai "ULTRA MALAYA" amat mengecewakan.
MMI bukan nak sangat menulis tentang isu ini tetapi melihat kepada kaitan dan budaya yang kini sedang menular , rasanya ia perlu di dendangkan.
Persoalannya mudah sikap dan budaya mana yang di guna pakai oleh mereka yang mengaku ULTRA ini ?
Budaya BARAT ? Maaf kiranya penulisan di bawah menyentuh mana-mana pihak tetapi tindakan sedemikian sebenarnya membuktikan kita tidak punya MARUAH !! Mana tidaknya kita sampai ke tahap bertumbuk sesama sendiri !
Malah budaya memberontak dan aksi berdemo itu sebenarnya di ceduk daripada aksi-aksi demontrasi yang berlaku saban waktu kesan daripada dakyah dan fahaman yang di bawa oleh pembangkang.
Terfikirkah kita budaya semacam itu kini bukan sahaja berlingkar dalam dunia politik tetapi kini sudah sampai ke dunia sukan.Sesuatu yang pasti mencemarkan maruah rakyat Malaysia.
Jangan pula lupa dengan aksi berbalas serangan melibatkan pihak-pihak berkepentingan politik , kaum dan agama.
Segalanya amat membimbangkan lihat sahaja aksi kain rentang kalimah Allah , bom molokov koktail , daging babi di pintu masjid , kedegilan pihak kristian tentang kalimah Allah , terbaru serangan ke atas masjid dengan tindakan menghina Al-Quran dan banyak lagi yang rasanya tidak akan terhenti di sini.
Sesuatu harus di lakukan segera memandangkan pada pandangan MMI sendiri sekiranya perkara-perkara sebegini tidak di atasi melalui apa sahaja cara dan tindakan ianya pasti bakal mencetuskan pergaduhan antara agama dan kaum paling besar dalam sejarah negara.
Seperti yang MMI katakan perlawanan timbal balik ini tidak akan ada kesudahannya selagi mana pengadil dan pihak pengurusan tidak melakukan sesuatu.
Masih menanti !!
MMI
No comments:
Post a Comment