Sejak jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di buka kepada orang ramai , berpusu-pusu kenderaan pelbagai jenis memasuki laluan sama ada dari tanah besar mahupun dari bahagian pulau untuk merasai sendiri pengalaman merentasi jambatan terpanjang di Asia Tenggara ini.
Rakyat Pulau Pinang dan negeri-negeri sekitar di lihat tidak sabar-sabar untuk mencubanya sehingga berlaku kesesakan yang teruk semenjak jam 12 tengah malam selepas ianya di rasmikan oleh YAB Datuk Sari Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia sabtu lepas.
MMI antara yang sudah pun merasai sendiri pengalaman itu dan telah berdepan sendiri dengan kesesakan luar biasa tersebut.
Malah kesesakan itu berpanjangan sehingga ke hari kedua.
MMI yang kebetulan perlu melalui jambatan tersebut sempat meninjau apakah punca kepada kesesakan luar biasa tersebut.
Adakah ianya kerana terlalu banyak kenderaan yang mahu menggunakannya atau ada sebab-sebab lain ?
Sesuatu yang amat menyedihkan lagi mengecewakan sebenarnya punca kepada kesesakan itu di sumbang oleh sikap pemandu kenderaan sendiri.
Sikap sebahagiannya yang tidak mahu mematuhi peraturan serta tidak ada rasa tanggungjawab terhadap pemandu lain merupakan penyebab utama kenapa kesesakan yang berlaku.
Kerana pentingkan diri dan mahu cepat tanpa memikirkan tentang orang lain juga adalah penyebabnya dan ia jelas dapat di lihat sepanjang MMI terperangkap dalam kesesakan petang semalam.
Berikut antara gambar dan rakaman yang di buat oleh MMI sendiri ,
Gambar di atas di ambil selepas tol masuk ke jambatan , kelihatan dalam gambar kenderaan yang di pandu di laluan sebelah kiri cuba untuk masuk ke laluan sebenar.
Deretan kenderaan memotong di sebelah kiri sedangkan jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah hanya mempunyai 2 lorong pergi dan balik.
Kenapa motorsikal ini menggunakan laluan kenderaan lain sedangkan laluan khusus bagi motorsikal telah pun di sediakan ?
Penunggang ini bukan sahaja membahayakan nyawanya tetapi turut membahayakan nyawa pemandu kenderaan lain.Kenapa memotong di laluan kenderaan lain ?
Daripada gambar dan rakaman di atas jelas dapat dilihat kerana sikap mereka-mereka seperti inilah yang menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan dan mengalami kesesakan.
MMI sendiri tak faham kenapa orang kita tidak suka menghormati orang lain , lebih terarah untuk memuaskan hati masing-masing tanpa mematuhi peraturan yang telah di sediakan.MMI yakin sekiranya semua pihak mengikut peraturan kesesakan itu tidak akan berlaku.
SAYANG sekali jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dah cantik dari segala segi tapi rosak kerana sikap pemandu kita.
Hairan macam mana orang-orang ni boleh dapat lesen ??
MMI
Saya bertugas di Penang semalam tapi tidak teruja pun untuk menyeberang kesana apatah lagi menggunakan Jambatan baru ini...Sudah cukup sesak dengan jerebu...Hanya merasa selesa setelah balik semula ke Ipoh pada petangnya...
ReplyDelete