Kehilangan pesawat MH370 yang di laporkan hilang sejak awal pagi semalam kekal misteri apabila usaha mencari dan mengesan masih gagal menemui sebarang petunjuk yang boleh di kaitkan dengan pesawat terbabit.
Sehingga tengah malam semalam 2 laporan telah di buat oleh pasukan mencari dan menyelamat berikutan penemuan satu objek berwarna oren.Namun setelah pemeriksaan di buat ianya hanya satu kanvas yang mungkin terjatuh daripada mana-mana kapal lain.
Satu lagi laporan pula adalah penemuan kesan minyak oleh pasukan Vietnam dan usaha untuk mengesahkannya sedang di lakukan.
Bagaimanapun berdasarkan laporan wartawan TV3 Mohd Faiz Aizat Azali yang ketika ini berada di Vietnam mengesahkan pihak konsulat di sana memaklumkan penemuan minyak itu setakat ini tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang di laporkan hilang.
Misteri kehilangan pesawat MH370 kini telah memasuki hari ke dua dan berdasarkan perkembangan semasa segala kemungkinan kini di ambil kira.
Untuk rekod Misteri dua penumpang, masing-masing warga Itali dan Austria yang turut disenaraikan Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai penumpang yang hilang bersama pesawat MH370 pagi semalam masih sedang disiasat secara lanjut, kata Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Beliau yang dilantik sebagai Ketua Koordinasi bagi menyalurkan maklumat rasmi pesawat hilang itu berkata: "Mengenai dua penumpang misteri, kita masih lakukan siasatan lanjut. Jangan buat sebarang spekulasi ketika ini. Ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Sementara itu Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) akan menghantar ejennya ke Malaysia untuk membantu penyiasatan terhadap pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi semalam.
CNN melaporkan tindakan itu antara lain adalah kerana terdapat warga AS yang menaiki pesawat berkenaan.
Pegawai FBI berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan pengganas atau sebarang isu lain yang mungkin menyebabkan pesawat berkenaan hilang.
Sesuatu pasti berlaku terhadap pesawat tersebut dan seluruh dunia kini sedang memerhatikan dengan penuh minat insiden kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang itu.
MMI sebagai rakyat Malaysia masih mengharapkan agar ke semua yang terlibat selamat tanpa mengira bangsa , agama dan negara.
Walaupun ada setengah daripada kita di luar sana yang lebih suka mempolitikkan insiden ini namun MMI percaya jutaan rakyat bersedih dengan kejadian yang berlaku.
Ini bukan masa untuk berpolitik !
MMI
No comments:
Post a Comment