Sidang media berkenaan kehilangan pesawat MH370 di adakan pada setiap hari bagi menyalurkan maklumat kepada semua pihak oleh pihak berwajib di ketuai oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.Bukti komitmen kerajaan dalam mendepani insiden bersejarah ini bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi kepada seluruh dunia.
Banyak pihak bersedih dengan insiden ini dan MMI pasti seluruh dunia mendoakan yang terbaik kepada semua pihak terlibat khususnya keselamatan penumpang dan krew MH370.
Di saat banyak pihak sedang menumpukan perhatian ke atas usaha mengesan dan mencari kedudukan pesawat MH370 , MMI sebenarnya sedikit gusar memandangkan terdapat beberapa pihak yang di lihat lebih suka mengambil kesempatan di atas apa yang sedang berlaku.
Sebelum ini media Australia dengan laporan berkenaan co-pilot MH370 manakala dalam negara kita pembangkang musibat tak pernah berhenti untuk mencari ruang bagi kepentingan politik.
Malah maklumat yang kini menyatakan haluan pesawat di ubah serta wujudnya kemungkinan pesawat menuju ke arah lautan hindi dan laut andaman hingga ke Kazakhstan cukup untuk menyedarkan MMI bahawa ianya kini bukan sahaja berkenaan kehilangan pesawat tetapi sudah wujud elemen rampasan melibatkan pihak-pihak tertentu.
Apa pun misi mengesan dan mencari sedang giat di lakukan daripada sehari ke sehari.
Namun ada sesuatu yang rasanya amat perlu di siasat dan di teliti dengan sebaik-baiknya !
Ini berdasarkan sidang media petang semalam , mungkin bagi kebanyakkan pihak ianya di anggap lucu tetapi bagi MMI ianya seolah-olah punya kaitan dan mungkin antara klu kepada sesuatu.
Pada ketika persoalan di ajukan oleh wartawan kepada Datuk Seri Hishamuddin berkaitan operasi mengesan dan mencari pesawat MH370 , seorang wartawan dari Perancis telah mengejutkan sidang media tersebut.
"Can you confirm that you are PM Najib’s cousin? Are you protected?"
Kebanyakkan yang berada dalam sidang media tersebut terkejut dengan soalan sedemikian dan ada yang tergelak dengan soalan daripada wartawan terbabit.Manakala Datuk Seri Hishamuddin yang MMI yakin juga terkejut dengan soalan itu tetap tenang menjawab.
"Yes I can confirm that Najib is my cousin, and I do not know what am I supposed to be protected from,"
Jawapan yang bersahaja , terbaik ! Namun MMI tetap gusar kerana jauh dalam hati timbul persoalan kenapa soalan itu di ajukan ?
Are you protected ?
Soalan yang rasanya tidak boleh di buat main-main ! Perketatkan kawalan di bilik media di mana sidang media di lakukan.
Kepada pihak berwajib khususnya pasukan polis atau pihak-pihak yang sewaktu dengannya , berikan sedikit perhatian terhadap wartawan ini dan selidik tentang soalan terbabit.Bukan apa seolah-olah ada klu di sebalik apa yang berlalu petang semalam.
MMI
Aku rasa wartawan ni tanya adakah Hisham cuba lindungi Najib.
ReplyDeleteagak2 lepas lagi le si al jub ni....
ReplyDelete