Followers

Tuesday 22 April 2014

Dia Lakukan Seperti Mana Yang Di Rancang


MMI dah boleh mengangak dia hanya menantikan masa untuk menarik diri daripada di calonkan sebagai Presiden parti.Pengumuman penuh stereotaip yang di lakukan sebelum ini untuk mencabar isteri sendiri hanyalah satu "camourflage" bagi memastikan tidak ada mana-mana pimpinan lain turut mencalonkan diri mereka.

Ini semua punya agenda dan agenda ini merupakan sebahagian daripada tali hayat yang amat-amat di perlukan oleh si Nuar ini bagi menyelamatkan karier politiknya selepas ini.

Setelah memastikan kedudukan isterinya terjamin , Anwar dengan begitu mudah mengumumkan untuk menarik diri daripada pertandingan.

Berikutan itu, kerusi Presiden parti berkenaan akan kekal disandang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menang tanpa bertanding.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa.

Johari berkata, ketua pembangkang menyerahkan surat bagi memaklumkan keputusan beliau menarik diri pada 19 April lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, Anwar tidak menyatakan punca beliau menarik diri pada pemilihan kali ini.

"Selepas melalui beberapa hari yang sukar berikutan kematian Karpal Singh (peguam Anwar), Anwar membuat keputusan tersebut atas nasihat barisan peguamnya untuk fokus terhadap kes beliau.

"Kami tidak mahu Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan kerajaan mengambil kesempatan (terhadap keputusan bertanding), oleh itu beliau mengambil keputusan untuk menarik diri," katanya.

PKR berdepan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh RoS sekiranya Anwar meneruskan hasrat bertanding jawatan Presiden.

Pendirian Anwar untuk bertanding sebelum ini menimbulkan persoalan selepas Mahkamah Rayuan memutuskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 7 Mac lalu.

Berilah apa sahaja alasan sekalipun jutaan rakyat Malaysia kenal dan sedar siapa Anwar Ibrahim.

Selamat jalan Anwar !!! 

MMI

1 comment:

  1. Drama PKR !!
    Smpi hati
    PKR sanggup boh skrip KS mati eksiden. So jd alasan utk tarik diri

    Ish, ish ish.. anwar marah gila kt KS
    KS musnah dia nak jd PM
    KS x cekap, dia masuk penjara

    Woi DAP mangkuk, tunggu apa lg
    Ketuk kepala anwar !!

    ReplyDelete

Labels