Gambar Hiasan |
Ketua Pemuda PAS Kelantan yang juga Exco Pemuda PAS Malaysia berkata BN tak perlu letak calon untuk PRK Bukit Gelugor nanti ekoran kerusi parlimen berkenaan dikosongkan dengan kematian penyandangnya , mendiang Karpal Singh baru baru ini. Alasan Ahmad Fadhli Shaari ialah majoriti yang diperoleh oleh mendiang Karpal pada PRU yang lepas adalah terlalu tinggi berbanding calon BN.
Ahmad Fadhli juga berkata jumlah wang lebih kurang RM2 juta yang terpaksa dibelanjakan kerajaan untuk urusan PRK Bukit Gelugor nanti boleh lah dijimatkan dan disalurkan untuk pembinaan 40 buah rumah kos rendah yang harganya lebih kurang RM50k sebijik. Geleng kepala aku bila baca 'nasihat' Exco Pemuda PAS Malaysia ni. Tujuan memang baik, tapi kurang analisis sebelum buat kenyataan.
Pandangan penulis pula BN patut letak calon untuk PRK Bukit Gelugor nanti kerana pada ketika ini lah akan muncul beberapa calon bebas untuk cuba nasib. Kalau calon bebas nak bertanding, mahu atau tidak SPR tetap kena buat PRK sebab ini pemilihan demokrasi biar pun BN tak ambik bahagian. SPR akan tetap kena belanja RM2 juta seperti yang didakwa Ahmad Fadhli itu.
Bila ada calon bebas masuk bertanding, diaorang akan kena bayar sejumlah wang deposit. Diaorang tak kisah samada kalah atau menang sebab tentu ada kecenderungan pihak2 tertentu untuk bayar supaya calon bebas ini tarik diri. Yea lah daripada belanja RM 2 juta untuk pilihanraya, lebih baik bayar beberapa puluh ribu untuk calon bebas ni tarik diri. Dapat la jimat untuk perbelanjaan PRK.
Tapi bagi penulis, individu2 yang mungkin cuba ambil kesempatan cari keuntungan dengan cara ini perlu disekat. Nanti makin menjadi-jadi pulak hal2 macam ni. Contohnya kalau ada 4 calon bebas, deposit sorang bayar lebih kurang RM10k . Kalau nak tarik diri mesti kelima-lima sekali kena kowtim. Kalau salah sorang tak kowtim pun tetap PRK kena dijalankan jugak.
Oleh yang demikian, daripada melayan kerenah calon-calon bebas yang entah datang dari mana dan dengan bermacam feelnya , maka eloklah BN bertanding dalam PRK Bukit Gelugor nanti. Tapi kalau semua calon bebas ni jenis mata duitan dan sanggup tarik diri kalau dibayar pihak tertentu , mungkin itu dah jadi cerita lain. Percaya atau tidak masa PRK lah banyak pihak akan ambil kesempatan memanipulasi keadaan untuk keuntumgam diri sendiri.sumber
MMI
No comments:
Post a Comment