Kecoh dan heboh tentang satu penganjuran majlis memperagakan pakaian dalam wanita di Mid Valley sewaktu cuti hujung minggu baru-baru ini.MMI kebetulan terlalu banyak undangan majlis perkahwinan hanya mampu membaca dan melihat kritikan-kritikan daripada banyak teman-teman lain.
Seperti kebiasaan MMI melihat , membaca dan kemudian menghadiri majlis perkahwinan seperti kebiasaannya.Tidak ada apa yang perlu MMI risaukan dan tidak ada apa-apa yang mengejutkan MMI.Perancangan MMI berjalan seperti biasa dan berjaya menyelesaikan misi menghadiri semua undangan majlis perkahwinan.
Sewaktu sedang merehatkan badan , MMI terfikir kenapa agaknya banyak pihak mula kecoh dengan insiden terbabit ? Ya , sememangnya majlis sedemikian rupa seharusnya tidak di anjurkan apatah lagi di tempat terbuka yang memperagakan wanita hampir bogel.
Namun kenapa perlu bising kalau banyak lagi insiden dan perkara yang sama sering kali berlaku dalam negara kita ?
MMI bukan peminat pakaian dalam atau mahu mempertahankan majlis memperagakan pakaian dalam seperti mana gambar di atas tetapi sedikit bosan apabila kita sering kali memperkatakan tentang perkara-perkara yang berlaku secara sedar sedangkan banyak perkara tanpa sedar berlaku bahkan setiap hari langsung tidak di hiraukan malah ianya seolah-olah di halalkan.
Gambar kat atas tu daripada ribuan gambar yang MMI ambil dari carian google , sedarkah kita bahawa pemakaian sedemikian juga sudah di anggap sebagai membuka aurat ?
Ini melibatkan orang Melayu dan Islam ! Bukan main-main malah sewaktu MMI hadir dalam beberapa majlis perkahwinan semalam pun perkara hampir sama berlaku.Cumanya MMI tak ambil gambar ja ...
Bagi MMI inilah sebenarnya punca kepada perlakuan demi perlakuan yang langsung tidak menunjukkan rasa hormat terhadap orang Islam dan institusi Islam di Malaysia.Semuanya kerana orang Islam sendiri pun suka bertelanjang.
Jadi dalam soal ini MMI rasa perkara utama yang harus kita lakukan adalah mencegah orang kita sendiri daripada melakukan perkara yang sama.Bukan mudah kerana ianya sudah di halalkan waima oleh sebahagian daripada keluarga sendiri.Budaya ini harus di hentikan jangan kita suka menuding jari kepada tindakan pihak lain sedangkan kita sendiri tidak mahu mengambil iktibar.
MMI bukan anti sosial tetapi biarlah kita bersosial dalam suasana dan keadaan yang membolehkan kita bersosial.
Sewaktu kita rancak membantah penganjuran demi penganjuran yang membogelkan wanita itu kita juga harus bantah kebenaran anak-anak atau ahli keluarga kita daripada terjebak dalam aksi bogel tanpa sedar !
MMI bimbang orang Melayu selepas ini mungkin sampai tahap suka berbogel pula !!
MMI
No comments:
Post a Comment