Pada ketika banyak pihak masih memberikan ruang kepada parti DAP untuk berkabung di atas pemergian seorang pemimpin tertinggi mereka , rupa-rupanya agenda politik dan perkauman tetap menjadi pegangan pemimpin-pemimpin mereka.
Jika sebelum ini Lim Guan Eng meracau menuduh pihak Polis tidak menjalankan tugas mereka sewaktu upacara pengkebumian mendiang Karpal Sing , kini Ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin pula bertindak menyerang kerajaan dengan tuduhan yang langsung tidak berasas.
Pemilikan Penang Port oleh usahawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi kritikan oleh pemimpin DAP negeri Pulau Pinang ini.Mereka menyifatkan Tan Sri Syed Mokhtar tidak boleh memiliki banyak aset di Malaysia kerana ia di dakwa melanggar kepentingan nasional.
Kenapa hal sedemikian menjadi persoalan besar kepada mereka ?
Adakah mereka tidak sedar bahawa dalam sepuluh nama yang tersenarai sebagai orang paling kaya di Malaysia , 8 orang daripadanya bukan dari kalangan orang Melayu ?
Adakah kehadiran Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menyebabkan pimpinan DAP berasa gundah gulana atau khuatir tentang apa yang mampu di lakukan oleh jutawan Melayu ini ?
Perlu di ingat kehadiran 8 orang daripada 10 terkaya di Malaysia yang bukan berbangsa Melayu tidak pernah di pertikaikan oleh mana-mana individu Melayu selama ini.
Persoalan yang jauh lebih aneh adalah kenapa tidak Sim Tze Tzin dan pimpinan DAP Pulau Pinang membantah apabila usahawan cina seperti Robert Kwok memiliki banyak aset penting di dalam negara ?
Adakah DAP cemburu kerana Tan Sri Syed Mokhtar orang Melayu ?
Sebaiknya dalam hal ini Sim Tze Tzin seharusnya mempersoalkan tentang sikap double standard Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang dan barisan pimpinannya yang selama ini menekan orang-orang Melayu di Pulau Pinang dengan isu perobohan gerai, pembinaan rumah-rumah mewah, perancangan penuh agenda seperti pembinaan terowong dasar laut dan pembangunan pulau buatan di Tanjung Tokong melibatkan 760 ekar keluasan tanah dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM25 bilion yang turut mendapat bantahan keras oleh 16 NGO.
Pertikaian tentang pemilikan Penang Port oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bukan menjadi isu besar memandangkan segala-galanya di lakukan mengikut prosedur yang di tetapkan.Keupayaan yang di miliki oleh jutawan Melayu ini tidak perlu di pertikaikan melainkan pemilikan itu di berikan kepada mereka yang tidak layak.
Jelas dan terbukti tindakan pemimpin DAP ini di lakukan kerana sikap RASIS yang terlalu menebal dalam diri mereka sendiri. Mereka sedar bahawa sebahagian besar kakitangan yang kini berkhidmat di Penang Port merupakan orang-orang Melayu dan kerana itulah ianya menjadi bukan sahaja pertikaian tetapi kebimbangan bahawa orang Melayu akan terus di pacu untuk bersaing dan menyaingi kelebihan dalam sudut ekonomi yang kini di miliki oleh kebanyakkan orang cina.
Sesuatu yang harus pimpinan DAP tahu adalah sebahagian besar orang Melayu khususnya di Pulau Pinang juga rasanya ingin bertanya apakah DAP tidak mahu melihat orang Melayu berjaya dalam bidang ekonomi negara ? utaranews.com
Komen MMI , aku redha hidup sebagai rakyat marhain biasa asalkan ada generasi Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary di persada menjadi kebanggaan orang Melayu.
Ayuh Melayu bangun sama-sama kita usaha dan pertahankan hak kita !!
MMI
Sokong la barang,produk dan kedai muslim bumiputra sbb adakah anda pernah melihat 'dorang' support kita.
ReplyDelete