Followers

Thursday 24 April 2014

SPR Tetapkan Tarikh PRK Bukit Gelugor


Satu lagi pilihanraya kecil bakal menyusul bulan depan di Pulau Pinang berikutan kematian penyandang jawatan Ahli Parlimen Bukit Gelugor mendiang Karpal Singh yang terlibat dalam satu kemalangan maut baru-baru ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 25 Mei ini sebagai tarikh pilihan raya kecil bagi Parlimen Bukit Gelugor.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu sidang media yang diadakan selepas selesai mesyuarat khas di ibu pejabat SPR di di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh, 74, dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan MPV yang dinaikinya dan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Perak pada 17 April lalu.

MMI


No comments:

Post a Comment

Labels