Followers

Tuesday, 8 April 2014

Parti Bogel , DBKL Bertindak !!

Gambar Hiasan
Selepas satu satu penganjuran pesta , parti , konsert atau yang sewaktu dengannya mengambil tempat.Sebelum ini sampai mati puak-puak yang up to date sangat tu kerana terlebih enjoy dalam satu konsert.

Lebih memalukan orang Melayu pula tu ! Tapi MMI optimis Melayu zaman sekarang bukan suka sangat bangsa lain gelar mereka Melayu.Sebabnya nampak ortodoks atau lekeh , kira kalau di sebut Melayu tu dah semacam orang kampung yang tak reti nak mengikut peredaran zaman.

Jangan nafilah sekarang ni berlambak Melayu yang tak serupa Melayu ! 

Realitinya itulah Melayu , jangan mana-mana pihak pun mengaku merekalah yang paling hebat pertahan Melayu sebab Melayu makin layu.UMNO ? PAS ? PKR ? NGO ? Jangan mendabik dada kononnya merekalah yang paling terkedepan menangani masalah ini.

Semuanya sama ! Ada usaha tapi tak cukup berusaha , Ada cuba tapi tak cukup berjaya , Ada fikir tapi tak cukup berfikir , Ada ingat tapi selalu lupa , Inilah Melayu !!!

Kenapa begitu ? sebab POLITIK !!

Jangan sesiapa nafi kerana nafsu politiklah Melayu serabut dan makin berterabur !!!

Terbaru nak di anjurkan pula pesta bogel di Ampang . Huh MMI bukan kisah sangat pun lantaklah nak bogel apa pun tapi yang pasti Melayu yang segan di panggil Melayu sudah pasti akan hadir.Kemudiannya kenapa boleh anjur pesta bogel semacam ni ? 


Tak ada penguatkuasaan ke ? Agak-agak lah ini yang kita tau sebab ada banner semua , yang diorang buat diam-diam tu macam mana ? Ada sapa-sapa pantau ka ? Huh nasib baik yang ni dah ada pihak yang mula bertindak !!!


KENYATAAN MEDIA MENGENAI AKTIVITI ‘TOPLESS FRIDAY BEACH PARTY DI THE POOL, JALAN AMPANG
                                    
Berdasarkan siasatan yang dijalankan disahkan aktiviti di atas akan dianjurkan oleh Tetuan Nihonkan Sdn. Bhd di ‘The Pool', 347, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 11 April 2014 (Jumaat). Semakan jabatan juga mendapati tidak ada sebarang permohonan untuk menjalankan aktiviti sebagaimana di atas dibuat kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan lesen dibuat ianya tidak akan diluluskan memandangkan ianya tidak selaras dengan garis panduan pelesenan. Penganjur juga didapati telah pun mempamerkan iklan  tanpa kelulusan lesen daripada  DBKL.

DBKL akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur dan mereka diberikan tempoh selama 7 hari untuk mengemukakan representasi bertulis mengapa kelulusan lesen premis dan Lesen Hiburan serta lain-lain lesen mereka tidak boleh dibatalkan ekoran kesalahan di atas.

Di samping itu juga, DBKL akan mengarahkan agar premis di atas ditutup selama 7 hari mulai malam ini (8 April 2014) bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan oleh DBKL.

Disediakan oleh :

Unit Media

Jabatan Perancangan Korporat

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

8 April 2014

Menjadi harapan MMI selepas ini semua pihak terlibat memantau setiap masa pusat-pusat sebegini.Jangan pula bercakap tak cukup anggota atau keadaan masa sebab masa meluluskan lesen tu ampa semua tak mau pikir !!

Tempatkan anggota di setiap pusat hiburan supaya pemantauan dapat di lakukan dengan lebih baik ! Jangan bagi alasan lagi !!!!!

MMI

1 comment:

  1. ala,,,apa kurangnya pemuda umno...kaki club..tgk la gambar masa pemilihan umno...dua pempuan tu....hahaha...ketua pemuda...mmm....xlupa ngaN botol arak,,opss...dia kata dia x minum tu....hahahahhahahaa...umno2...btulla tun m kata yang bahalol je tinggal kat umno:P

    *bn anjing,,,dibunuh saja *

    ReplyDelete

Labels