Followers

Wednesday 30 April 2014

PAS Melutut Macam HAMBA ABDI Depan Tokong DAP


Isu hudud PAS Kelantan kini membuatkan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat semakin bernanah.Nanah itu bukan sahaja sudah membusuk tetapi semakin melarat malah mungkin akan mengjangkiti pihak lain sekiranya ia tidak di tangani dengan baik.

Dari apa yang MMI perhatikan jelas PAS lebih rela untuk sujud menyembah pemimpin DAP daripada berbincang dengan UMNO.Apa boleh buat itu pilihan mereka dan mungkin kerana itu jugalah di hari-hari akhirnya Nik Aziz semakin tidak senang duduk memikirkan dakyah yang telah di lakukannya kini bukan sahaja menyebabkan PAS hilang arah tetapi diri Nik Aziz sendiri di belenggu rasa kesal dan menyesal.

Hasil pertemuan pertama wakil pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengenai perlaksanaan Hukum Hudud semalam dilihat tidak sama sekali mengubah pendirian DAP.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, walaupun berpuas hati dengan penjelasan terperinci mengenai ketetapan perlaksanaan melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan sahaja, ianya tetap bercanggah dengan agenda PR menerusi perjanjian yang dimeterai bersama menerusi Buku Jingga.

"Kami telah memberikan pandangan dan jelaskan pendirian kami bahawa isu hudud, bukan agenda bersama dalam PR dan kita masih dalam perbincangan serta berkongsi pandangan.

"Mesyuarat ini cuba mencari titik pertemuan dan agenda bersama, hudud bukan salah satu agenda kami (PR)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Setiausaha Agung PR di Pejabat Agung PAS, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ngeh Khoo Ham; Naib Pengerusi, Teresa Kok Suh Sim dan Pengarah Strategi DAP, Ong Kian Ming dan wakil PKR, R Sivarasa.

Beliau menjelaskan, kedudukan PAS dalam PR bakal berhadapan risiko jika parti itu tetap bertegas meneruskan Hukum Hudud.

Beliau turut mengingatkan semua pihak dalam PR agar memahami perdirian bersama yang perlu dijadikan keutamaan parti masing-masing.

"Kita akan berharap semua boleh fahami isu tersebut dan risiko politik yang dibawa bersama dengan isu ini," katanya lagi.

DAP dijangka bakal mengumumkan pendirian rasmi berhubung isu tersebut pada masa yang akan ditetapkan kelak.

Tahniah Nik Aziz kerana telah meninggalkan generasi pelapis PAS untuk terus melutut dan di layan sebagai HAMBA ABDI DAP !!!!!

MMI

3 comments:

  1. Cuma agak sedih, Pas sekarang makin teruk, makin menyimpang dari perjuangan sebenar. Makin berpolitik kotor, hinggakan banyak benda yang telah mereka buat, semata-mata untuk menghalalkan cara. Contohnya ialah isu Kalimah Allah, LGBT, Comango dan pluralisme. Pas tahu benda tu salah, tapi tetap menyokong atas dasar Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  2. BN pulak bila nak laksana hudud? atau langsung x terpikir nk laksana hudud.. hukum Allah jgn buat main2.. hidup Brunei!!

    ReplyDelete
  3. Anon 14.02 hukum Allah jgn buat main2 .. Engkau ada beli kereta dan rumah ker ? Atau apa loan ker ? Ada interest tu bro , kau tak ikut hukum Allah ke ?

    ReplyDelete

Labels