Followers

Tuesday 29 April 2014

Anwar Akhirnya Di GULAIKAN Najib & Lebih Parah Obama Pula Setuju Ish Ish


Nak menyempit juga ker ? Gambar yang MMI jumpa di carian google kihkih...

Kehadiran Obama ke Malaysia sememangnya punya kesan yang amat besar bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada rakyat.Rata-rata rakyat mengetahui tentang kehadiran Presiden Amerika Syarikat ini dan sebahagiannya begitu teruja bukan sahaja dengan pemimpin paling berkuasa di dunia (tanggapan sesetengah pihak) tetapi juga kehadiran bersama Air Force Onr pesawat tercanggih di dunia selain daripada deretan kenderaan koncoi Obama termasuklah The Beast kenderaan rasmi yang membawa Presiden Obama.

MMI antara yang teruja dengan kehadiran ini dan ia bukan sahaja di sebabkan hubungan diplomatik yang membolehkan Malaysia terus di segani sebagai sebuah negara membangun tetapi juga melihat kepada persiapan dan kawalan yang di berikan oleh pasukan pengawal peribadi Obama.MMI akan ulas di artikel yang lain berkenaan Secret Service ini.

Dan yang lebih menarik adalah sikap yang di tunjukkan oleh Anwar serta konco-konco pembangkang di Malaysia.Latahan dan racauan yang menyebabkan kem PKR histeria di sebabkan nama Anwar langsung tidak tersenarai dalam mana-mana perjumpaan yang membolehkan Anwar berjumpa Obama menjadikan kehadiran Obama lebih istimewa.

Di sebabkan itu maka pelbagai alasan dan tuduhan di kemukakan oleh kem PKR sehinggalah Anwar di gulaikan oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak malahan lebih parah apabila Obama turut menyokong dan bersetuju dengan gulai yang di masak oleh kepimpinan utama negara.

Semuanya bermula apabila seorang wartawan Australia bertanya kepada Presiden Amerika Syarikat Obama tentang ketidakadilan Malaysia terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim termasuk dalam soal kes liwatnya.

Tentunya Anwar melompat dengan kegembiraan !!

Tetapi jawapan Obama dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib dalam sidang akhbar bersama yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia telah menyebabkan kegembiraan itu terhenti tiba tiba,Anwar jatuh tertunduk malu,kecewa dan marah kerana pertanyaan itu telah memberi peluang kepada Datuk Seri Najib untuk memberitahu hal yang sebenarnya.


Lebih menyakitkan hatinya ialah apabila Obama menyatakan keyakinan kepada Datuk Seri Najib sebagai seorang Refomer.Datuk Seri Najib menjelaskan bukan kerajaan Malaysia yang mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tindakan itu diambil oleh bekas kakitanganya sendiri dan kerajaan Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan menghormati hak asasi manusia tidak berhak untuk menyekatnya dan membiarkan proses keadilan berlaku dan menyerahkan kepada keputusan mahkamah.Jawapan Obama selain dari menerima Datuk Seri Najib sebagai seorang Reformer telah menyatakan keyakinan bahawa Datuk Seri Najib akan dapat memperbaiki lagi kekurangan kekurangan perjalanan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia.

Oleh kerana sidang akhbar itu disiarkan secara langsung keseluruh dunia setelah pertemuan yang mengambil masa lebih lama dari yang dijadualkan antara kedua pemimpin negara besar dan kecil itu yang menunjukan minat dan keyakinan Obama kepada Datuk Seri Najib maka tidak syak lagi jawapan mereka kepada pertanyaan wartawan Australia itu telah mencedera parahkan imej Anwar ke taraf yang sangat rendah.

Hasrat wartawan itu hendak membangkitkan pembelaaan bekas Naib Presiden Amerika Al Gore terhadap Anwar Ibrahim dalam lawatannya dahulu,ternyata salah perhitungan sebaliknya menyerlahkan kesopanan dan penghormatan Obama kepada rakyat Malaysia berbanding dengan sikap biadap Al Gore terhadap rakyat Malaysia yang meninggalkan sejarah hitam dalam hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Lawatan Obama yang jelas menampakan kerianganya selama berada di Malaysia dan kemesraannya dengan Datuk Seri Najib telah membina semula kerosakan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang dilakukan oleh Al Gore.

Anwar ? Kekal sebagai kaki liwat ....

kredit to badutrakyat

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels