Followers

Thursday 8 May 2014

DAP Cadang Jawatankuasa Transgender Pula Dah !!

Gambar Hiasan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mencetuskan kontroversi selepas mencadangkan penubuhan jawatankuasa transgender kononnya bagi membela golongan berkenaan sekali gus menunjukkan kesamarataan yang diamalkan Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Dalam tindakan yang dilihat seolah-olah mahu meraih sokongan politik itu, Yee Cheu berkata, cadangan penubuhan jawatankuasa tersebut telah dipanjangkan kepada kerajaan negeri untuk dibawa kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah, beliau berharap cadangan berkenaan dapat dibahaskan semasa persidangan DUN yang dijadualkan bermula dua minggu lagi.

"Jawatankuasa ini bertujuan supaya rakyat Pulau Pinang dapat memahami berkenaan kehidupan golongan transgender yang sering dipinggirkan serta bentuk-bentuk diskriminasi yang sering mereka hadapi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Cadangan itu dilihat bertentangan dengan penolakan majoriti masyarakat negara ini terhadap budaya lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT) malah seolah-olah sealiran dengan perjuangan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Bagaimanapun menurut Yee Cheu, jawatankuasa berkenaan sekiranya ditubuhkan bakal mempunyai dana sendiri dan boleh dijadikan sebagai pusat bantuan dalam membela nasib golongan transgender.

Selain itu katanya, jawatankuasa berkenaan juga sebaik sahaja ditubuhkan akan menjalankan tanggungjawab memperjuangkan pelaksanaan pendidikan awam terhadap kumpulan transgender bagi menghalang sebarang bentuk prejudis.utusan

MMI

1 comment:

  1. cadangan merepek..sepatutnya kena membantu depa berubah..bukan membela nasib depa yang xnak berubah..

    ReplyDelete

Labels