Followers

Friday, 23 May 2014

Giliran Calon BEBAS HANTAM Rayer


Berikutan keadaan yang semakin tegang akibat daripada tindakan Adun Seri Delima RSN Rayer yang masih dengan cacian celakanya terhadap UMNO dan orang Melayu , calon BEBAS Nabi Bux tampil mendesak supaya Rayer memohon maaf.

Beliau yang dalam rangka kempennya di sekitar Bukit Gelugor terpanggil untuk membuat desakan tersebut memandangkan tindakan sedemikian amat tidak wajar di lakukan.

Apatah lagi sebagai pemimpin yang sering kali menjadi contoh serta ikutan rakyat tanpa mengira lapisan , tindakan sedemikian akan mencalar serta merosakkan imej ahli-ahli politik yang lain.

Sebagai seorang rakyat Malaysia dan punya darah orang Melayu , Nabi Bux merasakan perkara tersebut perlu di selesaikan segera dengan Rayer sebagai pencetus membuat permohonan maaf.

Malahan Nabi Bux turut menempelak Rayer apabila mempersoalkan tentang apa yang mungkin berlaku sekiranya pihak lain pula yang mencaci Rayer contohnya menghina bangsa atau keturunannya.Sudah semestinyalah orang-orang India juga akan terasa seterusnya marah dengan tindakan sedemikian.

Beliau dalam pada itu menyarankan supaya semua pemimpin bersikap profesional dan memikirkan dulu sebelum sesuatu itu di ungkapkan.Dalam masa yang sama berjanji sekiranya pengundi di Bukit Gelugor memberikan sokongan serta beliau menang sebagai Ahli Parlimen , ungkapan atau kata-kata kesat tidak akan sesekali di gunakan.sumber 



Bukti bahawa orang Melayu dan Islam tidak bersetuju dengan tindakan pemimpin DAP yang rasis dan biadap !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels