Followers

Monday 12 May 2014

Mat Said Letak Jawatan UMNO Lakukan Kesilapan BESAR


KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sah meletakkan jawatan selepas menyerahkan surat perletakan jawatan kepada presiden parti pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu tetapi tidak mendedahkan calon yang sebenar.

Walau apa pun alasan dan apa jua cerita di sebalik perletakan jawatan Menteri Besar Terengganu ini , MMI tetap dengan pendirian bahawa UMNO telah melakukan satu kesilapan besar.

Kesilapan yang tak sepatutnya berlaku di waktu dan ketika ini !

Kadang-kadang hairan apa kena dengan orang-orang UMNO sekarang ni ? Semua perkara nak di pertikaikan seolah-olah yang mempertikaikan tu terlalu jauh hebat dan perkasa melebihi orang lain.

Satu sikap orang UMNO yang menyebabkan orang muda menjauhkan diri dan ianya kini semakin menular bahkan akan sampai masanya mereka-mereka ini akan tetap tersenyum setelah UMNO itu sendiri jatuh terlepuk dalam kancah politik negara.

MMI tak pernah ada sebarang hubungan dengan Mat Said apatah lagi punya kepentingan sama ada dalam dunia politik mahupun apa-apa jua.

Tetapi kesal dengan sikap sebegini yang berlaku pada ketika dan waktu yang cukup tidak sesuai.

MMI nak ucap TAHNIAH kepada pihak-pihak yang saban hari berusaha untuk melihat peristiwa perletakan jawatan ini berlaku kerana sudah pasti pembangkang akan melihatnya dalam dimensi mereka sendiri.

Natijahnya UMNO dan pembangkang tidak ada bezanya !! 

Tak pernah mahu bermuhasabah diri !! 

Susah bila BARUA banyak dalam UMNO !!

MMI

8 comments:

  1. Berkuburlah umno lepas ni. bagus sangat2. Padan muka umno!

    ReplyDelete
  2. Tergelak besar lah syaitan syaitan dalam UMNO trengganu...masa untuk ulang balik sapu selagi ada....

    set set la akan berada kembali didalam gelanggang...cantas mencantas akan berlaku...
    sudah bertahun kehausan projek..projek yang mereka sendiri tah tidak layak mendapatkannya.
    Tahniah Najib...kalau doollah badawi dikenang sebagai PM yang memelukan kehancuran umno...najib pula adalah PM yang terakhir bagi UMNO.

    Nama kamu berdua akan dikenang oleh anak cucu...pelingkup bangsa...orang melayu dah berubah kearah kejujuran...tapi kamu berdua adalah manusia yang tidak layak kerana tidak berkemampuan memimpin...terlalu mudah di pengaruhi oleh syaitan syatan disekeliling...

    Tahniah sekali lagi Najib dab juga para penasihatnya.

    ReplyDelete
  3. aku faham apa yang MMI cuba suarakan di saat politik umno dan bn tidak berapa bagus perletakan jwtn mb terengganu pada saat ini mampu mengundang bala buat umno.bukan soal mat said bagus atau tidak tetapi berlaku pada saat ini seolah memberi sepakan percuma buat pembangkang.lihat saja apa berlaku najib terus di persalahkan sdgkan pada pemahaman aku ianya di sebabkan oleh org2 umno di trengganu.ntahlah org umno tak mau belajar dr kesilapan agaknya

    ReplyDelete
  4. elok la kalu UMNO jatuh pun. melayu mudah lupa..dan pemimpin melayu tidak belajar dari kesilapan...mendapat nasihat dari syaitan setan yang gila kuasa dan kedudukan...Selamat maju jaya UMNO dan bersiap sedialah dengan kebangkitan dan penentangan dari kalangan penyokong akar umbi UMNO sendiri.

    ReplyDelete
  5. Baru saja hilang kapaltrbang kini negeri kerajaan bn pula!

    ReplyDelete
  6. http://theflyingkick.blogspot.com/2014/05/gempar-mat-said-keluar-parti-dan.html?m=1

    ReplyDelete
  7. Ahmad Said memng pemimpin yg berkaliber. Bodoh la juak-juak beruk dalam UMNO yg hasut PM suruh Ahmad Said letak jawatan. Ahmad Said kotakan janji, tapi hakikatnya lebih cerdik daripada beruk-beruk ni.

    ReplyDelete
  8. Apa yang tuan utarakan telah menjadi kenayataan pada hari ini.Hari ini umno bertambah kalut apabila dewan undangan negeri berada dalam kedudukan sebagai telur dihujung tanduk.kerakusan menjadikan keamanan hancur!.

    ReplyDelete

Labels