Followers

Sunday, 11 May 2014

Permainan Ini Tidak Akan Berhenti


Sebelum ini MMI ada catatkan berkenaan cadangan wakil DAP Pulau Pinang untuk mewujudkan jawatankuasa Transgender kononnya bagi menangani nasib golongan ini di Pulau Pinang.Cadangan tersebut di cadangkan oleh Teh Yee Cheu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah.Berita penuh di SINI 

Sejak mula lagi MMI tahu ini merupakan sebahagian daripada permainan politik yang sentiasa di mainkan oleh para pimpinan DAP.Konsepnya mudah apa salah mencuba !

Cubaan ini sememangnya berbahaya kerana satu kesilapan sudah pasti LGBT hampir pasti bergerak bebas di Malaysia.

Namun ternyata telahan MMI benar ! Permainan ini kemudiannya di sahut oleh Guan Eng selaku Ketua Menteri...

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bugah dari DAP, Teh Yee Chew supaya menarik balik usul penubuhan Jawatankuasa Transgender yang dibawanya ke dalam sidang Dewan baru-baru ini.

Tindakan menarik balik usul itu terpaksa dilakukan setelah mendapat bantahan besar-besaran dari rakyat Pulau Pinang yang masih lagi waras dan tidak boleh menerima penubuhan Jawatankuasa Transgender tersebut kerana tidak mahu golongan luar tabei ini menjadi perosak masyarakat.

Beberapa hari lepas, Teh telah mencadangkan usul penubuhan jawatankuasa tersebut bagi membantu golongan transgender dengan peruntukan sebanyak RM200,000.

Menurut Lim Guan eng, Teh juga menyedari bahawa untuk usul ini dibahaskan, beliau perlukan seorang penyokong namun tidak ada seorang pun dari Adun Pakataan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang berani menyokong usul itu kerana bimbang mendapat kecaman masyarakat.

Untuk menutup malu di atas tindakan Adun DAP yang secara terang-terangan menyokong golongan LGBT, Setiausaha Agung DAP yang masih lagi belum disahkan jawatanya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), dilihat cuba menyembunyikan pendirian sebenar partinya yang menyokong kewujudan golongan songsang ini dengan menyalahkan media pro Kerajaan kerana mensensasikan isu tersebut.

Sebelum ini, Adun DAP Tanjung Bugah itu pernah membawa usul yang sama melalui exco kerajaan negeri pada Jun tahun lalu, namun usul berkenaan ditolak setelah mendapat kecaman rakyat Pulau Pinang.

Teh juga sebelum ini turut menegaskan bahawa matlamat utama cadangan penubuhan sebuah institut transgender adalah bagi membolehkan penyelidikan yang sepatutnya mengenai komuniti mak nyah dijalankan dengan pemberian jumlah peruntukan tertentu demi kebaikan mereka.

Mereka sentiasa mencuba ! Kita harus hati-hati ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels