Followers

Wednesday, 7 May 2014

Pulau Pinang Bakal Miliki Double Decker

Gambar Hiasan
Teringat MMI tentang bas "double decker" yang menjadi minat anak-anak kecil satu ketika dulu.Kalau tak silap MMI ada iklan tentang makanan ringan guna nama bas 2 tingkat ni.Hihi lama dah rupanya cerita tu..

Oklah kepada rakyat Pulau Pinang lepas ni kita dapat ronda-ronda dengan bas semacam ni sebab dalam sikit masa lagi ia akan memulakan operasinya.

Sepuluh bas dua tingkat berkonsep terbuka, 'Hop-On Hop-Off' akan mula beroperasi di Pulau Pinang tahun depan.

Pengurus Elang Wah Sdn Bhd, pengendali bas pelancongan itu, Mohd. Yunus Mohd. Shah berkata, kesemua bas itu akan beroperasi di sekitar pusat bandar dan Batu Ferringhi.

Sebagai promosi, bas-bas itu akan memulakan perkhidmatan secara percuma pada pertengahan November tahun ini sebelum dilancarkan secara rasmi Januari tahun depan, katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program jelajah Promosi Pesta Air Langkawi 2014 di sini hari ini, beliau berkata, masa operasi bas-bas itu ialah dari pukul 9 pagi hingga 8 malam.

"Tiket harian dijangka dijual dengan harga RM19 bagi warganegara dan RM45 kepada bukan warganegara," katanya.Bernama

Bagus untuk industri pelancongan cuma jangan sampai hirup asap kenderaan ja !! Kena tengok sama tu ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels