Followers

Wednesday, 14 May 2014

Semuanya Terserah Kepada Warga Bukit Gelugor


DAP yang kini meletakkan calon Ramkarpal Singh generasi pewaris mendiang Karpal Singh untuk bertanding di Bukit Gelugor di katakan sedikit tertekan berikutan penyertaan calon daripada Parti Cinta Malaysia , Datuk Huan Cheng Guan.

Tindakan DAP yang hanya meletakkan calon berasaskan kepada generasi semata-mata di lihat sebagai satu percubaan untuk meraih simpati pengundi sedangkan hakikatnya dasar kerajaan negeri tetap sama.

Semuanya gara-gara sikap kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng yang selama ini di lihat lepas tangan dalam beberapa hal melibatkan kepentingan rakyat khususnya berkaitan pembinaan rumah kos rendah.

Justeru itu calon daripada Parti Cinta Malaysia , Datuk Huan Cheng Guan hari ini melancarkan manifestonya yang MMI rasakan menepati kepentingan rakyat khususnya di Bukit Gelugor.

Berikut merupakan kandungan manifesto Parti Cinta Malaysia ;

"Bersama Kita Majukan Pulau pinang Kehadapan"

Pulau Pinang telah menikmati banyak kebebasan,keamanan dan pembangunan,tetapi masih terdapat banyak cabaran dihadapan kita.Sejak Pakatan mengambil alih pelbagai masalah berlaku seperti seperti kesesakkan lalu lintas yang semakin teruk,kekurangan perumahan kos rendah,kenaikan tarif air sebanyak tiga kali ganda dalam satu tahun,penjualan tanah kerajaan negeri,pencemaran air dan lain-lain sehingga kualiti hidup kita semakin teruk.Sebagai anak watan Pulau Pinang yang dilahir,dibesarkan dan mendapat pendidikan di Pulau Pinang,Saya berharap dapat berkhidmat untuk rakyat Pulau Pinang dan pengundi di Bukit Gelugor dalam pelbagai peranan.Berikut adalah manifesto saya.

1.MEMBASMI DAN MELAWAN RASUAH DALAM BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT

Sebagai calon bebas parti politik bukan partisan ,Saya berjanji akan memperhebatkan usaha memerangi rasuah dalam BN dan PR dalam sektor-sektor awam dan swasta melalui undang-undang yang ketat menyekat para pegawai awam serta keluarga mereka daripada melakukan perniagaan secara langsung atau tidak langsung.

2.PERANG TERHADAP JENAYAH DAN MASALAH SOSIAL

Saya akan bekerjasama rapat dengan polis,Rukun Tetangga,RELA PPS,CP,PKS dan agensi-agensi lain dalam memerangi jenayah utama terutama di Kawasan Parlimen Bukit Gelugor.Dans akan diperolehi untuk meningkatkan kemahiran dan peralatan Rukun Tetangga,RELA,PPS,CP dan PKS.

3.MEMBUKA TIGA PUSAT KHIDMAT DI BUKIT GELUGOR (SERI DELIMA,AIR ITAM DAN PAYA TERUBONG)

Untuk memenuhi amanah dan kepercayaan pengundi pada diri saya,jika dipilih,saya akan menubuhkan tiga pusat khidmat prihatin untuk berkhidmat kepada penduduk Bukit Gelugor.Pusat-pusat ini akan dikendalikan oleh kakitangan terlatih yang akan menjaga keperluan,masalah dan kebimbangan anda.Isu-isu ini akan dikemukakan kepada saya.Selepas itu,saya akan mengarahkan mereka untuk mengambil tindakan selanjutnya.Saya juga akan melobi bagi lebih banyak dana untuk menaik taraf taman awam/dewan masyarakat dan akan merancang mesyuarat/acara tetap untuk meningkatkan perpaduan sosial.

4.MEMASTIKAN PENDUDUK PULAU PINANG MENIKMATI KUALITI HIDUP YANG BAIK DAN PEMBANGUNAN YANG MAMPAN

Saya akan menekankan pendedahan penuh Pelan Struktur Pulau Pinang dan bagaimana kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi antarabangsa,bandaraya pintar dan sesuai didiami menerusi dasar utamakan rakyat agar rakyat Pulau Pinang menikmati kualiti kehidupan yang bermutu.

5.MENYELESAIKAN MASALAH KESESAKKAN LALU LINTAS MELALUI PELAN INDUK PENGANGKUTAN YANG BERKESAN.

Saya akan berusaha ke arah menyelesaikan isu-isu kesesakan lalu lintas dikawasan Parlimen Bukit Gelugor supaya kita tidak lagi perlu membuang masa dalam kesesakan lalu lintas.

6.MENINGKATKAN DAN MENAIK TARAF RUMAH PANGSA ,PASAR DAN KEMUDAHAN AWAM.

Saya akan mencaridana untuk menaik taraf dan pasar di kawasan Bukit Gelugor yang mana ada yang berada dalam keadaan yang sangat buruk.Saya akan bekerjasama rapat dengan Persatuan Penduduk dan jawatankuasa lain yang berkaitan.

7.AUDIT TANAH KERAJAAN NEGERI

Semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang,banyak tanah kerajaan negeri yang telah dijual.Saya akan melaksanakan audit yang menyeluruh berkenaan tanah kerajaan untuk memastikan rakyat Pulau Pinang sedar tentang aset negeri dan mendedahkan segala maklumat yang diperlukan untuk ketelusan maksimum.

8.PASTIKAN PENGUATKUASAAN KETAT DASAR PEMBANGUNAN DENGAN HUKUMAN LEBIH BERAT

Untuk menghentikan pembangunan cerun bukit berleluasa atau projek-projek yang memberi kesan warisan kehidupan dan alam sekitar Pulau Pinang termasuk kehidupan marin dan pencemaran laut/sungai,saya akan memastikan penguatkuasaan yang ketat undang-undang melalui hukuman yang berat.

Saya akan mengambil tindakan untuk memberi nafas baru kepada sungai yang tercemar di Pulau Pinang dan mencegah pencemaran berlebihan terhadap pantai dan laut kita.

9.PERMOHONAN UNTUK DANA PERSEKUTUAN DARIPADA PELBAGAI KEMENTERIAN

Jika dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor ,Saya berjanji akan berrhubung dengan agensi persekutuan untuk membawa masuk lebih banyak dana untuk membangunkan Pulau Pinang ,Khususnya kepada kawasan Bukit Gelugor.

Saya tidak akan menjadi seperti LIM GUAN ENG yang sering menggunakan alasan kekurangan pembiayaan sebagai alasan untuk tidak melaksanakan dasar tetapi boleh mengimplementasikan gaji yang tinggi untuk Ahli Majlis dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

10.LOBI UNTUK MEMBINA RUMAH KOS RENDAH

Saya akan melobi dan cuba untuk melaksanakan lebih banyak projek-projek perumahan kos rendah di Pulau Pinang (terutamanya di kawasan Bukit Gelugor) pada harga RM75,000 untuk unit-unit baru.

Pada masa kini Pemaju yang tidak bertanggungjawab telah menambah kos berlebihan ke atas rumah kos rendah sehingga harga akhir yang dibayar mencecah sehingga RM180,000 mengakibatkan beban yang sangat berat kepada golongan miskin untuk memiliki rumah kos rendah.

PRK Bukit Gelugor menyaksikan pertandingan 4 penjuru melibatkan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan , Ramkarpal Singh Deo mewakili DAP , Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd. Sathar daripada PAS Gombak atas tiket BEBAS dan seorang lagi calon BEBAS , Abu Backer Sidek Mohd Zan.

Apa pun semuanya terserah kepada pengundi di Bukit Gelugor untuk membuat pilihan.

MMI

1 comment:

  1. syabas datuk huan, berjuang untuk rakyat, selamat berjuang..

    ReplyDelete

Labels