Followers

Tuesday 13 May 2014

Senyuman HADI , Sejauh Mana Ia Bertahan ??


Pada ketika dan saat ini tidak ada orang lain yang rasanya lebih sedap hatinya melainkan Hadi Awang Presiden PAS.Sejak beberapa bulan lalu di waktu kecohnya si Nuar waktu membuat pengumuman mahu bertanding di Kajang bagi menduduki kerusi empuk Menteri Besar Selangor , Hadi Awang antara pemimpin PAS yang sukar untuk dapat rasa dan sedap di hati.

Maklumlah kiri kanan di serang dengan pelbagai isu memandangkan PAS sering kali di lihat sebagai pencacai kepada PKR dan DAP.Kemudiannya di susuli pula dengan isu hudud yang tidak pernah selesai , sekali lagi Hadi Awang terkena tempiasnya kerana PAS akhirnya tunduk dan akur kepada penentangan DAP.

Namun tanpa perlu melakukan apa-apa , mungkin sekadar melalui satu perjalanan jauh ke Pulau Pinang menghadiri proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini Hadi Awang hampir pasti kini mampu tersenyum walaupun tidak riang tetapi beliau sudah dapat merasakan rasa sedap di hatinya.

Rasa sedap itu bukan di buat-buat tetapi ia hadir umpama satu hadiah daripada lawannya pada ketika dan saat Hadi sendiri tidak menjangkanya.Malahan pada ketika artikel ini di tulis MMI di fahamkan PAS Terengganu sedang bermesyuarat khusus untuk membincangkan isu yang sedang melanda negeri itu.

Untuk rekod MMI baru sahaja mengeluarkan artikel semalam merujuk kepada kemelut di Terengganu di mana dengan jelas MMI nayatakan bahawa segala yang berlaku itu berlaku pada saat dan ketika yang tidak sepatutnya.Baca Sini

Namun telahan MMI itu ternyata benar dan ia berlaku hanya beberapa jam setelah artikel tersebut di keluarkan.Bukan bermakna MMI sudah mengetahuinya dari mana-mana sumber sebelumnya tetapi rasa kurang sedap di hati MMI dengan apa yang berlaku.

Jika melihat kepada perkembangan yang sedang berlaku dalam media sosial bermacam-macam perkara di timbulkan.

Walau apa pun yang berlaku , MMI cuma persoalkan apakah untungnya kepada UMNO ?

Kini Terengganu sudah hampir-hampir menjadi milik pembangkang , walaupun masih ada pihak yang mahukan supaya satu pilihanraya negeri diadakan.

Dengan kedudukan kerusi di pihak pembangkang sudah pun melebihi UMNO dan BEBAS rasanya tidak ada gunanya pilihanraya negeri diadakan.Serahkan sahaja kepada PAS untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Jika kita mahu ketelusan maka biar ketelusan itu menjadi faktor kepada siapa yang berhak menubuhkan kerajaan negeri.Yang penting jangan sekali lagi mengheret rakyat dalam permainan politik kerana hampir pasti duit rakyat akan di gunakan bagi menampung perjalanan pilihanraya.

Cukup ! Jangan heret rakyat dalam politik sebegini.

Kerana kecelikan politik orang UMNO Terengganu , maka kepimpinan negara YAB Datuk Seri Najib menjadi mangsa sedangkan hakikat sebenar ia bermula daripada sikap orang UMNO Terengganu sendiri.Maaf kalau ada yang terasa tetapi inilah sebenarnya yang berlaku.Baca Sini 

Kepada Hadi Awang , sekiranya maklumat yang baru MMI terima ini benar ... senyuman itu barangkali tidak mampu bertahan lama kerana bekas Menteri Besar Terengganu telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pendirian beliau dan rakan-rakan yang telah mengistiharkan sebagai ADUN BEBAS baru-baru ini.

Kesemua mereka (BEBAS) tetap akan menyokong kerajaan Terengganu yang di pimpin UMNO menjadikan majoriti kerusi BN dan BEBAS masih melebihi Pakatan Rakyat 17-15.

Ini bermakna setakat hari ini , tiada pembubaran kepimpinan peringkat negeri akan berlaku.

Sesuatu yang harus di ingati adalah jangan sesekali melakukan tindakan yang hanya bersifat pentingkan diri kerana kesannya mampu meruntuhkan tembok MELAYU sedia ada.

Satu lagi edisi 13 Mei yang cukup mencemaskan !!

MMI

2 comments:

  1. Yess..Edisi 13 Mei akan sentiasa berulang ulang dengan badi yang dibawa..

    ReplyDelete
  2. Usul undi xpercaya bila sessi DUN dan kerajaan brtukar ke PAS.

    ReplyDelete

Labels