Selepas Teresa Kok membayangkan penghijrahan orang cina keluar dari Malaysia di sebabkan layanan tidak adil kerajaan BN dan orang Melayu terhadap mereka.
Kini tersebar pula dakwaan bahawa DAP akan membantu orang-orang cina meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara barat yang lebih baik dari Malaysia jika BN menang dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti.
Kenyataan itu di sebut melalui petikan dari majalah The Rocket yang di ketahui adalah milik DAP dan di khususkan untuk ahli-ahli DAP sahaja.
Sebelum ini Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh dalam kenyataannya mendakwa Barisan Nasional serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi punca kesusahan masyarakat cina didalam negara ini.
Beliau menyifatkan bahawa kerajaan BN dan Datuk Seri Najib sengaja mengabaikan masyarakat cina di negara ini kerana segala dasar yang dibuat oleh kerajaan adalah sama sekali tidak membantu masyarakat cina. Beliau juga berkata kerajaan BN serta Datuk Seri Najib tidak berlaku adil terhadap masyarakat cina dalam pentadbirannya.Baca Selanjutnya
Kini perkara yang sama berlaku malah lebih hebat apabila melibatkan hebahan secara terang-terangan.
Chinese must MIGRATE ! Jika melihat kepada kenyataan di dalam The Rocket ini jelas DAP bukan sahaja cuba menghasut kaum cina tetapi sudah merangka perancangan untuk membawa serta menguruskan perpindahan beramai-ramai kaum cina keluar daripada Malaysia sekiranya Barisan Nasional menang dalam PRU ke-14 nanti.
Dalam satu sudut DAP harus ingat bahawa ini merupakan satu cabaran yang seharusnya di kotakan malah banyak pihak kini bakal menantikan apakah yang akan di lakukan oleh DAP pada tiba masanya nanti.
Apa benar kaum cina mahu keluar dari Malaysia ? sumber utaranews.com
MMI
No comments:
Post a Comment