ADUN Bandar Hilir dan ADUN Ayer Keroh yang cukup anti dengan polis tetapi amat mesra malah dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan penjenayah, kongsi gelap, pemerdagangan manusia, selain merupakan ahli politik yang menjadi jurucakap kepada pemilik rumah persundalan serta pengedaran dadah di Melaka, cuba menjadi hero dengan menampilkan diri sebagai pejuang anti-jenayah kononnya.
Kempen, 'DUDUK, TIDUR, MOGOK LAPAR UNTUK BANGUNKAN POLIS BANTERAS JENAYAH' telah dibuat bersama-sama oleh ADUN Bandar Hilir dan ADUN Ayerh Keroh serta konco-konco mereka di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah.
Begitulah lakonan yang dibuat oleh para pemimpin DAP!
Sepatutnya mereka berdemonstrasi dan memberikan maklumat berhubung kegiatan jenayah termasuklah pelacuran dan pengedaran dadah di Melaka. Bagaimanapun, tidak ada satu rumah urut atau pusat pengeluaran dan pengedaran dadah serta pengumpulan dan pengedaran Pendatang Tanpa Izin pun yang mereka serang.
Bahkan tidak pernah sekalipun, ADUN-ADUN DAP ini menyuarakan bantahan kewujudan rumah-rumah pelacuran dan pusat-pusat jenayah di Melaka!
Sebaliknya mereka lebih sibuk dengan PDRM dan cuba menjadikan PDRM sebagai bahan sesahan kononnya PDRM tidak menjalankan tugas.
Lagi berita dan gambar di SINI
Psst rupanya banyak juga spesis depa ni !!
MMI
No comments:
Post a Comment