MMI tak nafikan nasi kandar line clear adalah salah satu tempat pilihan MMI untuk layan makanan paling popular di Pulau Pinang ni.Ramai orang yang singgah di sini termasuk para pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negeri.
Cuma sejak semalam MMI dengar ada masalah tentang pengurusan nasi kandar line clear dengan pihak MPPP.Apa hal pula ? Takkan line clear pun nak di robohkan macam gerai-gerai orang Melayu sebelum ni ?
Jom kita terjah apa jadi ...
Restoran Nasi Kandar Line Clear bakal berdepan tindakan pengosongan jika pengurusannya gagal menyelesaikan pertikaian hak pemilikan antara empat rakan kongsinya dalam tempoh dua minggu.Pengarah Bahagian Pelesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Azman Sirun berkata pihaknya menerima aduan bahawa seorang daripada empat pemilik restoran,Abdul Hamid Seeni Pakir,enggan mematuhi sistem giliran yang ditetapkan iaitu setahun operasi bagi setiap orang sejak penubuhannya pada 1950-an.Beliau berkata siasatan mendapati Abdul Hamid tidak memiliki lesen dan mengikut rekod,MPPP hanya mengeluarkan tiga lesen atas nama Sahubarali China Mohd Hanibah,Abdul Latif Thulkarunai dan Pathumah Iskandar untuk menjalankan perniagaan di tapak itu.
"Satu perjumpaan telah diatur antara Bahagian Pelesenan dan peniaga-peniaga berkenaan pada 28 Jun 2013.Namun,tiada persefahaman dicapai dalam menentukan giliran menjalankan aktiviti penjajaan di kawasan itu.Kami juga pernah mengeluarkan surat bertarikh 23 Dis 2013 untuk menasihati semua pemilik mencari penyelesaian dan mengemukakan dokumen perjanjian yang telah dipersetujui bersama sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan tiga daripada wakil peniaga berkenaan.
Azman berkata jika keempat-empat pemilik restoran itu tidak mencapai kesepakatan dalam tempoh 14 hari,pihaknya akan mengeluarkan notis pengosongan bagi menyusun semula aktiviti penjajaan selaras dengan undang-undang kecil yang dikuatkuasa MPPP.Masalah turut timbul apabila ada di antara tiga daripada pemilik membuka gerai lain di lorong belakang berdekatan restoran yang terletak di Jalan Penang menyebabkan aktiviti perniagaan di kawasan itu menjadi tidak teratur dengan tahap kebersihan kurang memuaskan, katanya.Perniagaan itu diwarisi turun temurun dan Abdul Hamid dikatakan mendominasi perniagaan itu sepenuhnya dari 2008 sehingga kini.
Pemegang lesen,Sahubarali,50,berkata perbincangan berhubung giliran perniagaan di restoran berkenaan cuba diadakan tetapi menemui jalan buntu apabila pengendali operasi sekarang tidak mahu mengembalikan giliran kepada pihak sepatutnya. "Perbincangan pernah diadakan tetapi tidak dipersetujui pengendali operasi sekarang ini dan tujuan kami untuk sekali lagi mengadu kepada MPPP supaya sistem giliran dapat dikembalikan," katanya.
Seorang lagi pemegang lesen restoran itu,Abdul Latiff,53,berkata beliau mahu perniagaan itu beroperasi seperti dahulu.Beliau juga menyatakan rasa sedih dengan konflik itu kerana mereka yang terlibat adalah sepupunya sendiri dan kini mereka telah berpecah belah."Memang kami ada perniagaan lain,tetapi restoran ini ada kenangannya tersendiri dan tradisi ini perlu diteruskan," katanya.
Ohh cerita sama sendiri .. Kalau bab lagu tu MMI sokong tindakan MPPP kali ni.
Kalau dah semua ketegaq biaq dia tutup ja berlambak lagi kedai lain yang sedap-sedap..Aparaaa...
MMI
Aiseyman aku slalu makan sini bro...
ReplyDelete