Semua pihak sedia maklum insiden kehilangan pesawat MH370 masih belum dapat dirungkaikan dan penyiasatan serta usaha mencari serta mengesan kedudukan pesawat terbabit masih diteruskan.
MMI juga seperti semua di luar sana yang mahu mengetahui apakah punca dan apakah yang berlaku sebenarnya.Walaupun tidak ada seorang pun mangsa terlibat punya hubungan dengan MMI tetapi keprihatinan sebagai warga Malaysia menjadikan MMI sebagai salah seorang daripada jutaan rakyat malah mungkin masyarakat dunia yang berdoa semoga insiden kehilangan pesawat malang ini segera di leraikan.
Namun ada ketikanya MMI akan sedikit terasa apabila ada pihak-pihak di luar sana yang secara membabi-buta membuat tuduhan tanpa asas yang kukuh seperti mana yang dilakukan oleh The Sunday Times.
Namun tindakan pantas pihak PDRM wajar diberikan pujian.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui laman sosial facebook mengesahkan bahawa wujud kenyataan tidak bertanggungjawab media asing berhubung misteri kehilangan kapal terbang MAS Boieng 777-200 MH370.
Dalam kenyataan tersebut, PDRM menjelaskan bahawa The Sunday Times, United Kingdom telah menghubungi PDRM pada 19 dan 20 Jun yang lalu untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung misteri kehilangan MH370.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat konklusif yang diberikan memandangkan siasatan masih dijalankan dan berterusan merangkumi setiap aspek penyiasatan.
"PDRM juga tidak membuat kenyataan bahawa Kapten Zaharie merupakan suspek utama (prime suspek) di dalam siasatan tersebut," jelas kenyataan yang sama.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Pesuruhjaya Polis, Datin Asmawati BT Ahmad sebagai merujuk kepada berita yang tersebar luas berhubung dakwaan bahawa siasatan rasmi PDRM membuktikan Kapten Zaharie Ahmad Shah bertanggungjawab di atas kehilangan pesawat MH370.
"Adalah dengan ini disahkan bahawa berita tersebut tidak berasas sama sekali dan dibuat secara tidak bertanggungjawab"
MMI
Puak pembangkang biasalah apa yng kerajaan buat mana nk puas...bersyukurlah aje adik ni telah dibantu...tahu salahkan orng aje puak2 ni...
ReplyDelete