Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata proses untuk menukar atau menggulingkan pemimpin atau kerajaan perlu dilakukan hanya melalui pilihan raya manakala pendekatan jalanan seperti demonstrasi atau kekerasan boleh diambil hanya jika sistem undian melalui pilihan raya tidak lagi berfungsi.
“Hanya dengan mengundi saja anda boleh menggulingkan seorang pemimpin, namun apabila demokrasi disalahguna dan mereka tidak begitu mengamalkan demokrasi, kita tiada cara lain untuk menggulingkan seorang pemimpin melalui pilihan raya.
“Kemudian, jika pemimpin itu sangat menindas, beliau harus digulingan dengan cara lain…dan cara lain itu tentulah termasuk demonstrasi besar dan mungkin malangnya melalui pertempuran,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Siri Syarahan Perdana Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) bertajuk ‘Contemporary Islamic Lifestyle: Fitting In or Taking the Lead‘ di Gombak, Rabu.
Katanya, pemimpin yang tidak boleh dikritik akan “bersedia melakukan perkara salah”, dan proses pilihan raya juga boleh disalahguna walau proses demokrasi itu memberi ruang bagi rakyat menolak pemimpin tertentu.
Bagaimanapun dalam sidang media selepas itu, Dr Mahathir menjelaskan kenyataan beliau dalam ucapannya itu tidak bermaksud sebagai kritikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib kini berdepan barisan pakatan pembangkang yang lebih berpengaruh selepas pilihan raya umum ke-13 yang sering melemparkan pelbagai kritikan dan bantahan terhadap dasar serta rancangan beliau.
“Tidak, Najib juga mendengar kritikan…tapi jika pengikutnya sendiri tidak memberitahunya bila ada perkara silap, mereka juga melakukan kesalahan.
“Pada masa saya, saya menghargai pembangkang. Anda perlukan pembangkang sebagai cermin diri, supaya boleh melihat wajah sendiri, sama ada buruk atau tidak,” kata Mahathir.bnbbc
MMI
No comments:
Post a Comment