Followers

Thursday, 5 June 2014

Fenomena Tudung FAREEDA Cetus Kontroversi


Seperkara yang menarik adalah ramai orang Melayu khususnya para gadis dan wanita di luar sana kini sudah mula mahu memiliki tudung.Jika sebelum ini isu tudung sering kali menjadi perbualan banyak pihak sampaikan MMI sendiri pernah di tegur kerana berbicara bab bertudung , kini ianya semakin mendapat tempat di hati kebanyakkan mereka.

Tidak dinafikan masih ada di luar sana yang masih belum bertudung tetapi fenomena ini memberikan kita harapan bahawa satu hari nanti insyaallah semua wanita muslim akan bertudung.

Antara yang menarik perhatian MMI adalah kontroversi yang berlaku sewaktu butik tudung jenama Fareeda mengeluarkan koleksi tudungnya yang baru.

Menurut saksi sambutan bukan kepalang , hinggakan ada yang sanggup menunggu dan tidur di kaki lima butik seawal jam 6 petang menantikan pembukaan butik pada keesokkan harinya pada jam 11 pagi.


Jika diikutkan tempoh waktu yang perlu di tunggu oleh mereka hampir 17 jam sebelum butik tersebut di buka.Satu fenomena yang sukar di lihat oleh rakyat Malaysia selama ini kerana kejadian seperti ini sering berlaku di luar negara sahaja itu pun melibatkan barangan tertentu.

MMI faham ada di kalangan mereka yang kurang senang dengan apa yang berlaku termasuklah rungutan daripada mereka yang berkampung di kaki lima kerana tidak berpeluang untuk mendapatkan koleksi tudung Fareeda yang terbaru.

Namun dalam satu hal kita patut berbangga kerana mereka sanggup untuk berkampung selama hampir 17 jam semata-mata untuk mendapatkan tudung.

Satu perkembangan yang cukup baik dan patut kita sokong.

Cumanya MMI khuatir niat untuk mendapatkan tudung tersebut di salah tafsirkan.

Harapan MMI janganlah penantian untuk tudung itu sekadar untuk berfesyen semata-mata kerana apa yang lebih penting adalah niat untuk menutup aurat.

Mungkin ada yang kurang senang dengan penulisan MMI ini tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak berkorban untuk masuk ke kedai-kedai nombor ekor mahupun kedai judi kuda yang kini banyak bertabur di luar sana.

Pesanan MMI kalau boleh pihak pengurusan sediakan kuantiti yang banyak supaya tidak ada lagi yang mengeluh.

Psst orang nak bertudung kita kena sokong !

MMI

3 comments:

  1. SYUKUR ALHAMDULILLAH...
    kearah menutup aurat dah mmng pasti n wajib..
    satu lagi rasa bangga produk melayu islam begitu dinantikan n diminati..

    ReplyDelete
  2. Pakai tudung untuk menutup aurat tapi, at the same time, pakai baju dan seluar ketat sehingga nampak bentuk tubuh. Jadi, sebenarnya masih tidak menepati syarat menutup aurat yang dituntut oleh Islam.

    ReplyDelete
  3. apa yang istimewa sangat tudung FAREEDA tu ..

    ReplyDelete

Labels