Followers

Thursday, 26 June 2014

Jangan Biadap Sangat Hormat Keputusan Mahkamah


Isu kalimah Allah yang menjadi kontroversi sejak sekian lama kini dianggap selesai apabila pihak mahkamah sudah pun menolak permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran merayu dari segi perundangan bagi menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan mingguannya The Herald versi Bahasa Malaysia.

Serentak dengan maka isu pertikaian kalimah Allah di antara orang kristian dan Islam seharusnya selesai dan masing-masing perlu akur kepada keputusan tersebut.

Namun sejak keputusan itu dibuat oleh pihak mahkamah , masih lagi terdapat suara-suara sumbang daripada pihak-pihak tertentu di Malaysia yang tidak berpuas hati dan masih mahu terus menggunakan kalimah tersebut walaupun secara perundangannya kalimah Allah kekal milik orang Islam.

Bimbang dengan perkembangan terbaru ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kalimah Allah.

"Saya ingin memberi ingatan kepada mereka supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana kita (polis) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.

"Ini berbahaya kerana jika dibiarkan masing-masing bercakap ikut suka hati, ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada ketenteraman awam. Saya memberi ingatan kepada orang perseorangan dan pihak berkenaan supaya jangan cakap sebarangan kerana Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

Perkara ini bukan boleh dibincang secara terbuka,"

Peringatan tegas daripada Ketua Polis Negara itu bolehlah dianggap sebagai kayu ukur tahap kesabaran pihak berkuasa dalam mendepani isu kalimah Allah.Sebagai badan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keamanan dan keselamatan rakyat Malaysia terjamin saranan tersebut seharusnya dipatuhi oleh semua pihak.

Seperkara yang harus kita perhatikan disini adalah pihak yang membawa kes ini ke mahkamah sudah pun diberikan ruang dan peluang secukupnya untuk mengemukakan hujah masing-masing dan diadili mengikut sistem perundangan negara yang sah.

Walaupun terdapat sedikit pertentangan pada awalnya oleh orang Islam yang marah dengan tindakan pihak gereja namun kes ini tetap diteruskan dengan orang Islam turut sama menyokong institusi kehakiman negara dengan menjadikan perundangan sebagai tempat untuk menyelesaikan masalah berbangkit.

Jika dilihat kepada sentimen yang telah wujud sudah pasti orang Melayu dan Islam boleh sahaja melakukan provokasi melampau sehingga mungkin berlakunya pergaduhan yang boleh mengakibatkan kecederaan mahupun kematian.

Tetapi semua itu tidak berlaku kerana orang Melayu dan Islam memilih untuk menggunakan ruang yang lebih adil dan terbuka dengan kedua-dua pihak mengemukakan hujah masing-masing berpaksikan kepada perundangan negara.

Oleh yang demikian setelah pihak mahkamah membuat keputusan semua pihak seharusnya menerima keputusan terbabit dengan baik bukan dengan cubaan mencetuskan lagi kontroversi lain yang mampu merosakkan hubungan diantara kaum dan agama di Malaysia.

Justeru itu tindakan pihak yang cuba mencetuskan kontroversi setelah keputusan di buat oleh pihak mahkamah bolehlah dilabel sebagai JIJIK kerana cuba mempermain-mainkan institusi kehakiman negara.

Mereka cuba mempersoalkan keputusan mahkamah sedangkan pihak gerejalah yang mula-mula membawa kes ini kemuka pengadilan.

Dalam masa yang sama kita perlu juga melihat dalam sudut politik , bimbang ada pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan diatas apa yang sedang berlaku.sumber

MMI

1 comment:

  1. dah kalah dalam tuntutan sudahla...ko pakai la nama yang lain macam MONYET KA, PANDA KA, BANGKAI HIDUP KA....

    ReplyDelete

Labels