Followers

Thursday, 26 June 2014

Menteri Besaq Pun Kalah Pemilihan Ka ??


Betulkah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kalah dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor?

Berdasarkan berita melalui satu sebaran sms sejak pagi Khamis, Menteri Besar Selangor itu dikatakan tewas kepada bekas ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam atau Mike pada pemilihan semula cabang berkenaan hujung minggu lalu.

Khalid dikatakan hanya mendapat 515 undi berbanding 705 diperolehi Mike.

Pemilihan cabang Kuala Selangor sebelum ini mencetuskan kekecohan dengan dakwaan oleh Mike kononnya Khalid terbabit politik wang sehingga terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun, dakwaan itu sudah dinafikan oleh Khalid dan pemilihan semula diadakan Sabtu lalu.

Khalid selain bertanding satu lawan satu dengan Mike turut bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden mencabar Azmin Ali, Datuk Saifuddin Nasution.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dikatakan sedang mendahului pesaing-pesaingnya itu.

Dalam pada itu, seorang pegawai Pejabat Menteri Besar menyifatkan penyebaran sms itu sebagai tidak sahih lagi kerana belum ada maklumat rasmi mengenai keputusan pemilihan Cabang Kuala Selangor.

Katanya, banyak pihak menghubunginya cuba mendapatkan pengesahan berita sms tersebut.

Beliau percaya berita itu sengaja disebarkan pihak lain yang mahu memberi gambaran Khalid sudah tewas dan kepimpinan beliau tidak diterima lagi.

Ini juga katanya mungkin ada kaitan dengan perancangan pihak tertentu yang mahu jawatan Menteri besar yang kini disandang oleh Khalid digantikan.

Usaha mendapatkan reaksi Mike, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul tidak berhasil.bnbbc

MMI dengaq kata semua pemimpin PKR yang pegang jawatan ADUN atau Ahli Parlimen pakat kalah habih dalam pemilihan PKR kali ni .. Betoi ka ???

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels