Followers

Wednesday, 25 June 2014

JEREBU Satu Ancaman SERIUS WAJIB BACA


Masalah jerebu merupakan satu masalah yang perlu ditangani dengan baik memandangkan ia mampu menjejaskan kesihatan khususnya kepada mereka yang punya alahan seperti pesakit asma dan yang seangkatan dengannya.

Oleh yang demikian sebarang maklumat berkaitan perlulah dikongsi bersama sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial MMI.

Untuk itu luangkan sedikit masa untuk membaca dan mengambil tahu serba sedikit tentang keadaan terkini sekurang-kurangnya kita dapat mencegah apa-apa yang patut.

Negara yang kini sudah menghadapi pencemaran udara berpunca jerebu berkemungkinan berdepan ancaman serius seperti tahun lalu apabila bacaan paling tinggi dicatatkan  741 indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 23 Jun 2013 di Muar dan Ledang.

Bacaan itu lebih sekali ganda berbanding tahap standard ’merbahaya’ menyebabkan mesyuarat khas Jawatankuasa Menangani Keadaan Jerebu Majlis Keselamatan Negara menetapkan sekolah-sekolah di kawasan bacaan jerebu IPU melebihi 300 wajib ditutup .

Ini berdasarkan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan yang mewajibkan  sekolah ditutup sekiranya bacaan IPU tahap tersebut.

Berdasarkan tahap bacaan yang semakin meningkat sekarang, kerajaan sudah mula melaksanakan langkah berjaga-jaga apabila 129 titik panas dikesan di Sumatera, Indonesia semalam berbanding 116 sehari sebelumnya, yang menjurus kepada fenomena jerebu yang kini melanda negara.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel berkata 23 titik panas turut dikesan di Malaysia berbanding 11 bagi tempoh sama.

“Kesemua titik panas yang dikesan dalam negara akan disiasat dan diambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan Selasa.

Enam titik panas dikesan di Pahang, Sarawak (lima), Selangor (empat), Kelantan dan Sabah (masing-masing tiga), serta Johor dan Terengganu (masing-masing satu).

jerebuindeksPergerakan asap jerebu sederhana dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, dan tiupan angin dari arah barat daya mengakibatkan keadaan jerebu di kawasan tengah pantai barat Semenanjung.

Dalam pada itu, Palanivel menggesa semua pihak tidak melakukan pembakaran terbuka selain membantu memadam kebakaran kecil.

“Semua pihak perlu memastikan tanah atau premis kepunyaan mereka tidak dimasuki atau dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja,” katanya.

Orang ramai diminta melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran lain kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727.

Pencemaran jerebu merentas sempadan yang melanda negara ketika ini berikutan musim Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September.

Keadaan ini dijangka diburukkan lagi dengan cuaca kering berpunca El Nino.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di luar berikutan keadaan berjerebu ketika ini yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka juga perlu minum lebih banyak air dan memakai topeng muka semasa berada di luar rumah.

Mereka yang mengalami simptom seperti demam, selesema, batuk dan kerengsaan mata perlu mendapatkan rawatan perubatan.

Mutakhir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri menasihatkan orang ramai supaya minum air  secukupnya, dan jika boleh, duduk di dalam rumah berikutan jerebu kembali melanda.

“Memandangkan jerebu telah kembali, anda perlu minum air secukupnya dan mengelakkan kegiatan luar yang berat,” katanya dalam tweet beliau hari ini.

Setakat 6 petang ini, laman web Jabatan Alam Sekitar menunjukkan lima kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan Banting di Selangor merekodkan bacaan tertinggi 128.
Kawasan lain yang terlibat termasuk Nilai dengan bacaan IPU pada 105, Pelabuhan Kelang (112), Cheras (101) dan Putrajaya (116).bnbbc

MMI kata hati-hati semua cuma jangan pula ada puak dok meroyan tuduh ini kerja buat UMNO atau Barisan Nasional pula !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels