Followers

Wednesday 25 June 2014

Tarif Negara ISLAM Tidak PENTING ??


Apabila Dr MAZA memperlecehkan usaha menegakkan Takrif Malaysia sebagai negara Islam di kala segmen golongan liberal dan sekular negara galak memesongkan fakta sejarah dan Perlembagaan Malaysia, ramai yang menggelengkan kepala.

Amat malang bagi umat Islam di negara ini, di kala status Islam di dalam negara ini menjadi pertikaian dan cuba dibakar sehingga hangus oleh golongan Ekstremis Islamufobia tempatan, datang pula Dr MAZA dengan pendapat yang boleh diumpamakan seperti mencurahkan kerosene kepada situasi tersebut.

Penulisannya di Malaysian Insider menjelaskan Takrif negara yang boleh dianggap sebagai negara Islam. Semuanya baik sehinggalah beliau memperlecehkan usaha memberi Takrif sesebuah negara sebagai sebuah negara Islam dengan kenyataan berikut :

"Apapun sebenarnya, perbalahan pasal takrif ini [negara sekular atau negara Islam] kadang-kala lebih banyak membuang masa daripada realiti yang patut kita tangani. Negara seperti Malaysia tidak akan masuk syurga ataupun neraka."

Benarkah pentakrifan sesebuah negara sebagai negara Islam itu tidak penting untuk diperjuangkan untuk dipertegakkan? 

Untuk itu, Tuan Ahmad Farami seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan menyatakan perkara berikut yang saya salin kembali secara verbatim tanpa suntingan :

DrMAZA.com , with all due respect, I think there are some facts you have not considered. Takrif sekular vs bukan-sekular penting sebagai hujah dalam pengurusan polisi. Sebuah negara sekular tiada asas etika (kerana etika sifatnya relatif), legitimasi atau hujah untuk memihak kepada komuniti khusus. Tanpa identiti bukan-sekular, Malaysia tiada justifikasi untuk menghalang aliran menyeleweng Syiah atau Ahmadiyyah, projek LGBT Seksualiti Merdeka atau Pink Dot, penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik dan seumpamanya. Sebuah negara sekular sifatnya neutral terhadap mana-mana agama atau amalan keberagamaan. Takrif sekular vs bukan-sekular ada nilai dan fungsi.

Ia satu pandangan yang membuka mata. Entah kenapa Dr MAZA mendatangkan buah fikiran yang nyata berbeza dan tertutup kepada rahmat meluas jika sesebuah negara turut ditarifkan sebagai negara Islam.

Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels