Followers

Sunday, 1 June 2014

Kalah Di #PRKTELUKINTAN Apa Yang DAP Perlu Tahu !!


Tahniah Barisan Nasional kerana berjaya memenangi PRK Teluk Intan walaupun dengan majoriti tipis.Walaupun tipis ianya tetap mengundang kejayaan dan kejayaan ini merupakan amanah rakyat daripada pelbagai peringkat.

BN perlu sedar dan ingat bahawa pengundi yang memenangkan parti kerajaan itu turut di bantu oleh pengundi yang sebenarnya tidak pro kerajaan.Sesuatu yang agak mengejutkan tetapi hakikat yang berlaku sepanjang proses pembuangan undi semalam.

Hari ini senyuman Dyana Sofya sudah tentu tidak seceria seminggu yang lalu dan bermula hari ini juga Dyana tidak akan lagi di tatang ke sana ke mari oleh pemimpin-pemimpin besar dalam DAP.Jika berlaku pun mungkin ianya kerana kepentingan peribadi.

Guan Eng dan seluruh pemimpin DAP yang begitu galak sewaktu berkempen bukan sahaja sudah menghidu bau-bau sengit tetapi hampir-hampir gusar kerana analisa terakhir DAP menunjukkan Dyana Sofya kemungkinan besar KALAH.

Di sebabkan itu pelbagai gerak kerja di susun di saat akhir dan semua gelombang yang di rancang itu nampak sedikit berjaya sehinggalah tiba waktu pembungan undi.

DAP bukan sahaja terus gusar sejak jam 11.00 pagi tetapi semakin tidak menentu apabila laporan demi laporan di terima mereka mengatakan sudah ada mereka yang mengaku pencacai sudah berpaling kepada Barisan Nasional.

Mereka-mereka ini bukan bertindak menyertai BN tetapi bertindak mengundi calon BN kerana tidak dapat menerima pengkianatan anak Melayu paling celaka itu ke dalam DAP.

Sebenarnya banyak pihak tidak sedar , arahan sudah pun di keluarkan oleh pucuk pimpinan sebuah parti dalam Pakatan Haprak yang mengaku perjuangkan Islam sewaktu siri ceramahnya di Teluk Intan.Pemimpin tersebut dalam memuji-muji Dyana turut mengambil kesempatan memberikan arahan dengan menyebut bahawa beliau sendiri pun tidak akan masuk DAP seperti mana Dyana lakukan.

Itu adalah kod yang sudah pun di terjemahkan oleh kebanyakkan ahli-ahlinya dengan menyokong BN.

Guan Eng , Kit Siang dan ramai lagi pemimpin DAP tahu dan sedar tentang hal ini namun semuanya sudah terlambat.

Secara mudahnya DAP perlu tahu kerana DYANA SOFYA lah DAP hilang kerusi TELUK INTAN!

SYABAS KIT SIANG..

MMI

3 comments:

  1. kesian lah tengok muka dyana

    ReplyDelete
  2. Kekalahan Dyana pengajaran buat DAP. Sekurang-kurangnya DAP akan berfikir berkali-kaki untuk meletakkan Melayu sebagai calon mereka bagi pilihanraya akan datang.

    ReplyDelete
  3. Walaupun menang tipis, yang pentingnya kerusi Telok Intan dapat kat BN. BN kena berusha lebih kuat untuk memastikan kerusi tu tetap teguh dalam gengaman BN. JAngan pulak terjadi incident tikan belakang lopas ni. BN menang sebab sokongan maority Melayu dan India. Cina tetap dengan DAPpigs dia. Aku nak Dato Mah tu nanti jadi MP for all races. Itu saja harapan aku. Kalu dia boleh buat lagu tu, harapan cerah BN akan pegang lagi Telok Intan dalam PRU14.

    ReplyDelete

Labels